Sebenarnya ada dua implikasi daripada pembikinan semula filem-filem lama ini, sama ada ia akan menjadi lebih baik dan lebih popular ataupun menjadikan ia lebih teruk.
Dua buah filem remake bakal menemui penonton. Pertama sebuah filem seram berjudul Sorority Row dan kedua merupakan filem aksi thriller iaitu The Taking of Pelham 1 2 3.

Ia mengisahkan enam orang ahli sorority (persatuan di universiti Amerika Syarikat) iaitu Cassidy, Jessica, Claire, Elie, Maggie dan Megan merupakan pelajar yang ceria dan memiliki kehidupan sempurna. Apabila Megan dikhianati oleh teman lelakinya, anggota persatuan yang lain cuba untuk memberi pengajaran kepada Garrett, teman lelaki Megan. Megan berpura-pura mati sewaktu membuat hubungan seks dengan Garrett. Anggota persatuan yang lain kemudian membantu Garret untuk membuang 'mayat' Megan di sebuah kilang besi yang ditinggalkan. Mereka memberitahu bahawa mayat Megan perlu dipotong untuk menghilangkan bukti. Sewaktu mereka kononnya mencari alat untuk memotong mayat Megan, Garret menikam dada Megan dengan besi pembuka tayar dan kali ini benar-benar mati. Anggota persatuan yang lain terkejut dengan tindakan Garrett dan bersumpah untuk tidak menceritakan peristiwa malam itu. Dan mereka meneruskan kehidupan seperti biasa sehinggalah tamat zaman persekolahan, dan seorang demi seorang daripada mereka dibunuh oleh pembunuh misteri. Filem ini lebih kepada teen slasher horror seperti filem I Know What You Did Last Summer, Scream dan Urban Legend.

Terpulang pada anda untuk menilaikan filem yang mana satu merupakan remake yang baik dan remake yang hancur.
TRAILER SORORITY ROW
TRAILER TAKING OF PELHAM 123
Tiada ulasan:
Catat Ulasan