Selasa, 14 April 2009

Pedang Harimau


Bermula sebagai sebuah filem aksi kepolisan, plot filem The Tiger Blade semakin berkembang dan memasukan elemen fantasi dan supernatural sehingga ke akhir filem.

The Tiger Blade adalah sebuah filem aksi Thailand yang cuba menyaingi filem-filem aksi yang lain seperti Ong Bak, Tom Yum Goong dan Born to Fight. Ia diarahkan oleh Theeratorn Siriphunvaraporn dan dibintangi oleh Atsadawut Luengsuntorn.

The Tiger Blade mengisahkan sekumpulan penjenayah yang baru melepaskan diri daripada penjara merancang untuk mencuri khazanah berharga milik kerajaan Thailand. Kumpulan penjenayah yang diketuai oleh seorang bomoh keturunan kaum Karen ini memiliki kuasa ajaib. Anggota kumpulan yang lain ialah 5 Bullets Bandit dan G.I. Jenjila.

Sepasukan polis terlatih diketuai oleh Yosthana ditugaskan untuk memberkas dan membawa kembali kumpulan penjenayah ini ke penjara. Malang sekali kerana penjenayah tersebut telah menggunakan ilmu hitam dan dapat menumpaskan pasukan polis. Yosthana terpaksa mencari sebilah pedang lama bernama Tiger Blade yang dikatakan dapat melemahkan kuasa kumpulan penjenayah tersebut.

Mutu dan kualiti CGI dalam filem ini agak rendah dan yang menarik, untuk tayangan di Thailand, imej pistol, arak dan rokok telah dikaburkan.

Imej pistol yang dikaburkan dalam filem The Tiger Blade untuk tayangan di Thailand

Tiada ulasan: