Filem tersebut kalau tak salah aku diterbitkan pada penghujung tahun 70'an. Antara pelakon lain yang membintanginya ialah Hail Amir (heartthrob Melayu tahun 70'an). Dulu aku mengetawakan adegan ini, kerana pada aku orang putih mana suka minum Ovaltine, kopi adalah citarasa mereka. Jadi menyamakan seorang Melayu yang perasan hendak jadi orang putih dan menolak kopi kononnya kopi adalah minuman orang kampung, tidak sesuai dengan citarasa orang bandar adalah suatu perlambangan yang dangkal. Pengarah filem ni tak tahu kot, sangkaku pada waktu itu.
Tapi sekarang aku mempunyai persepsi berbeza pula dengan adegan tersebut. Aku merasakan itu adalah sindiran daripada pengarah atau pun penulis skrip filem tersebut. Sindiran terhadap seseorang yang merasakan dirinya sudah cukup advance sehinggakan menolak minuman kopi yang dianggapnya menjatuhkan standardnya sebagai seorang yang datang dari bandar dan berpendidikan Barat, sedangkan dia tidak mengetahui bahawa kopi adalah minuman kegemaran orang Barat. Dan menggantikan kopi dengan Ovaltine memang melucukan, lainlah kalau dia kata "saya tak minum kopi Che Nah, saya cuma minum kopi Starbucks!!"
Kadang-kadang aku suka minum Ovaltine campur kopi, sedap, macam Milo campur Nescafe, jadi Neslo. Ovaltine + kopi = Ovalko?
Setelah mencari di internet, aku rasa judul filem itu ialah Ribut Barat, arahan Allahyarham Salleh Ghani, diterbitkan pada tahun 1980. Selain daripada pelakon yang aku tuliskan di atas ia turut dibintangi oleh Dato' Yusof Haslam, Raja Noor Baizura, Rose Iskandar dan watak ibu tua tersebut mungkin dilakonkan oleh Allahyarham Normadiah.
1 ulasan:
Penat gua fikir tajuk cerita tu.. Nasib baik bro dah tulis kat bawah.. (nampak sangat tak baca sampai abis..)
Kehkehkeh..
Pernah tengok cerita tu dulu..
Terutamanya adegan Ovaltine tu..
Catat Ulasan