Ungkapan itu menjadi inspirasi kepada pengarah muda, Pierre Andre untuk judul filem terbaharunya Jangan Tegur, sebuah lagi filem seram yang diterbitkan oleh Metrowealth.
Mengisahkan seorang gadis bernama Natasya yang koma setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Sewaktu di dalam koma Natasya telah bermimpi bertemu seorang gadis bernama Baizura. Baizura dikatakan telah hilang selama 2 tahun. Natasya juga sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh seolah-olah ingin memberi mesej (subliminal message?) tentang kesengsaraan Baizura.
Natasya akhirnya sedar daripada koma dan mimpi-mimpi buruk itu berakhir. Itulah yang disangkakan Natasya sehingga dia dapat melihat 'benda-benda' yang tidak sepatutnya dilihat dengan mata kasar. Perkara ini telah merunsingkan suaminya, Kamal, seorang yang agak skeptikal dengan perkara-perkara tahyul. Sehinggalah Kamal sendiri melihat 'benda' yang dilihat oleh Natasya.
Untuk mengetahui jawapan tentang apa yang berlaku pada dirinya, Natasya mula bertindak sendiri dengan menyiasat latar belakang Baizura. Natasya mendapati Baizura juga pernah mengalami perkara yang sama, iaitu dapat melihat makhluk halus. Natasya hairan kenapa Baizura menghubunginya sewaktu koma, dan apakah kaitan dirinya dengan gadis itu? Kenapa dirinya tiba-tiba memiliki kebolehan melihat makhluk halus selepas kejadian kemalangan tersebut?
Jangan Tegur dibintangi oleh Julia Ziegler, Pierre Andre, Nadia Mustafar, Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar dan Rozita Che Wan. Dengan barisan pelakon aku rasakan agak hebat dan jalan cerita yang menarik, aku yakin filem ini akan mendapat sambutan hangat dan pulangan yang agak lumayan kepada David Teo (more wealth la).
BLOG JANGAN TEGUR
Tiada ulasan:
Catat Ulasan