Sam Raimi kembali mengarah filem seram setelah 15 tahun hanya menjadi penerbit dan mengarah filem bukan bergenre seram seperti trilogi Spider-Man.
Terbaharu, sebuah filem hasil tulisan dan arahan Sam Raimi berjudul Drag Me to Hell bakal menemui peminat filem seram.
Bukan berkisar pada buku puaka Necromonicon ataupun jembalang Deadites, sebaliknya kisah Drag Me to Hell adalah tentang sumpahan maut yang dikenakan oleh seorang wanita tua kepada seorang pegawai pinjaman bank yang dilakonkan oleh Alison Lohman.
Semuanya bermula gara-gara pegawai tersebut, Christine yang enggan melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman wanita tua itu. Meskipun dirayu sehingga wanita tersebut sanggup berlutut dihadapannya, Christine tetap enggan memberinya peluang kerana ingin menunjukkan sikap tegasnya di hadapan majikannya yang sedang memerhatikan drama tersebut.
Sewaktu Christine berjalan menuju ke keretanya, dia telah diserang oleh wanita tua itu dan mengenakan sumpahan maut terhadapnya. Katanya, rohnya akan diheret ke neraka. Ketakutan, Christine telah meminta bantuan seorang pawang untuk menyelamatkan rohnya.
Filem ini dibintangi oleh Alison Lohman, Justin Long, Lorna Raver dan David Paymer. Tidak kelihatan nama Bruce Campbell dalam kasting filem ini.
TRAILER DRAG ME TO HELL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan