My Suicide, sebuah filem remaja arahan David Lee Miller yang telah memenangi anugerah filem cereka terbaik di sebuah festival filem Berlin tahun 2009.
Ia mengisahkan seorang remaja bernama Archie Holden Buster Williams, merancang untuk merakamkan pembunuhan dirinya sendiri sebagai projek sekolah terakhirnya. Apabila rancangannya itu tersebar, dirinya telah menjadi tumpuan di sekolahnya apabila ramai pihak yang tampil untuk menghalangnya daripada melakukan perbuatan tersebut, tidak kurang juga yang menggalakkannya.
Dibintangi oleh Gabriel Sunday, Brooke Nevin, David Carradine, Joe Mantegna dan Mariel Hemingway, filem ini cuba menggambarkan masalah dan pencarian identiti oleh remaja, sehingga sanggup melakukan sesuatu yang ekstrem dan di luar jangkaan.
2 ulasan:
Ya.. cerita ni bagus kerana mengetengahkan permasalahan remaja dan tak kurang juga dewasa dalam hidup.. Krisis identiti yang membawa kepada keputusan sekali seumur hidup..
Tapi perkara negatifnya ada jugak.. Ia mungkin jadi pemangkin kepada tindakan melulu sesetengah warga negara ini yang telah menjadikan tindakan bunuh diri seperti suatu hobi atau trend yang popular..
Maknanya nak tengok cerita ni kenalah pakai otak dan jangan pakai kepala lutut.. Betul tak bro?
Semua perkara ada baik buruknya, soalnya kita kena bijak memilih dan menilai. Rakaman video membunuh diri dalam filem ini sebenarnya memang telah berlaku dalam realiti, Abraham Biggs misalnya, remaja berumur 19 tahun telah menyiarkan secara lansung acara pembunuhan dirinya di internet.
Catat Ulasan