Khamis, 19 Mac 2009

Pengawasan

Surveillance, filem terbaharu arahan Jeniffer Lynch, anak kepada pengarah surreal David Lynch.

Mengisahkan dua ejen FBI memburu seorang pembunuh bersiri. Pemburuan mereka membuatkan mereka terpaksa merantau ke seluruh Amerika untuk menjejaki pembunuh ini. Selepas suatu kejadian pembunuhan di sebuah lebuhraya, mereka telah menyoalsiasat tiga individu yang terselamat dalam kejadian tersebut. Mereka adalah seorang anggota polis, seorang penagih dadah dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, yang mana ibu bapanya telah dibunuh.

Melalui teknik flashback, penonton akan turut sama menyaksikan kejadian pembunuhan yang diceritakan oleh ketiga-tiga orang mangsa. Peliknya, kisah yang diceritakan berbeza, namun pembunuhnya tetap sama, dua orang pembunuh yang memakai sut hitam dan bertopeng.

Mungkin terpengaruh dengan gaya pengarahan bapanya, Jennifer turut membikin 'twist' di akhir cerita.



Filem ini dibintangi oleh Bill Pullman, Julia Ormond, Pell James, Ryan Simpkins, French Stewart dan Kent Harper.

Tiada ulasan: