Suatu masa dahulu Allahyarham pernah menulis untuk ruangan Lirik Pilihan di akhbar Berita Minggu. Menerusi ruangan tersebut Allahyarham telah mengulas beberapa lirik lagu popular dan membuat pembetulan mengenai beberapa kesalahan yang terdapat dalam lirik lagu Melayu. Sayangnya ruangan itu telah dihentikan. Melalui ruangan itu dapat kita ketahui mana satukah lirik lagu yang berkualiti dan lirik lagu yang boleh dianggap sampah.
Allahyarham Zubir Ali telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Mac 2009 akibat serangan jantung. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan beliau bersama mereka yang beriman.
Al-Fatihah.
Penantian
Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku.
Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi.
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
Baca juga artikel Seni Menurut Zubir Ali
Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku.
Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi.
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
Baca juga artikel Seni Menurut Zubir Ali
1 ulasan:
Al-Fatihah. Maya rasa kehilangannya.
Catat Ulasan