Jumaat, 6 Mac 2009

Chaw, filem monster terbaharu Korea Selatan

Selepas kejayaan filem Gwoemul pada tahun 2006, sebuah lagi filem rasaksa akan menemui penonton. Filem berjudul Chaw ini diarahkan oleh Jeong-won Shin dan dibintangi oleh Josiah D. Lee, Earl Wayne Ording dan Yu-Mi Jeong.

Ia mengisahkan sebuah kampung yang aman damai tiba-tiba digemparkan dengan satu kes pembunuhan. Pihak berkuasa mendapati mayat tersebut merupakan mangsa serangan bintang buas. Seorang anggota polis bernama Kim Kang-Su yang baru ditukarkan dari Seoul menyiasat tentang kes tersebut bersama Detektif Sim.

Detektif Sim mendapati mangsa adalah cucu kepada bekas pemburu terkenal bernama Chun il-man. Chun yakin bahawa cucunya bukan dibunuh oleh sembarangan haiwan sebaliknya dibunuh oleh babi hutan legenda dikenali sebagai Chaw.

Penduduk kampung tersebut meminta bantuan seorang pemburu bernama Baek untuk menjejaki haiwan tersebut. Chun juga ingin turut serta dalam misi Baek menjejaki babi hutan itu. Baek merasakan inilah peluangnya untuk menunjuk kepada Chun bahawa dialah pemburu yang terhandal. Misi tersebut turut disertai oleh Detektif Sim, Kim dan seorang pengkaji alam sekitar bernama Soo Ryun.

Walaupun filem ini merupakan keluaran Korea Selatan, namun lokasi penggambaran filem ini dibikin di sekitar California, Amerika Syarikat.






Tiada ulasan: