Selasa, 24 Mac 2009

Kembali ke Bilik 609

Bilik 609 akan kembali dihantui. Episod ketiga Buppah Rahtree akan menjengah pawagam ataupun ke DVD. Judul kali ini Buppah Reborn.

Mengisahkan tingkat tiga apartment yang turut menempatkan Bilik 609, tempat di mana seorang gadis bernama Buppah Rahtree membunuh diri, telah dijadikan kasino haram. Ia dikendalikan oleh seorang penjenayah bernama Jai Sam.

Sementara itu, seorang kartunis komik seram bernama Rung telah berpindah ke Bilik 609. Rung mempunyai keupayaan untuk melihat dan berinteraksi dengan roh.


Rung yang terlihat Buppah telah jatuh cinta dengannya. Rung tidak mengetahui bahawa Buppah bukanlah sekadar roh biasa, sebaliknya roh yang penuh dendam terhadap kaum lelaki akibat kekecewaan yang dihadapinya sewaktu hidupnya. Malangnya perasaan cinta Rung terhadap Buppah begitu mendalam dan semuanya sudah terlambat apabila Buppah mengganas kembali.

TRAILER BUPPAH REBORN



Tiada ulasan: