Selasa, 24 Mac 2009

Kengerian di angkasa lepas

Filem yang cuba mengembalikan nostalgia filem-filem seperti Alien, Dark Star, Event Horizon dan lain-lain filem yang berkisarkan pengembaraan di angkasa lepas.

Pandorum (aku suka nama ni, macam nama band), sebuah filem sains fiksyen seram terbaharu yang ditulis oleh Travis Milloy dan arahan Christian Alvart. Dibintangi oleh Dennis Quaid dan Ben Foster.

Mengisahkan dua orang anak kapal sebuah kapal angkasa yang tidak mengingati apa yang telah berlaku, kenapa dan mengapa mereka berada di dalam kapal angkasa tersebut. Mereka juga tidak mengetahui ke mana destinasi yang dituju.

Apabila mereka mula menyiasat apa yang sebenarnya berlaku, mereka juga mendapati bukan mereka berdua sahaja yang berada dalam kapal tersebut.



Turut membintangi filem ini ialah Antje Traue dan Chung Le. Filem ini diterbitkan oleh Paul W. S. Anderson yang dikenali dengan filem-filem seperti Event Horizon, Resident Evil, Alien vs Predator dan Death Race.

Sebuah lagi filem seram arahan Christian Alvart yang bakal menemui penonton ialah Case 39 yang dibintangi oleh Renée Zellweger.

TRAILER PANDORUM


Tiada ulasan: