Selasa, 10 Februari 2009

Runut bunyi yang memenangi anugerah Grammy ke-51

Soundtrack untuk filem komedi remaja Juno telah berjaya meraih anugerah Grammy untuk kategori Best Compilation Soundtrack Album for Motion Picture, Television or Other Visual Media. Soundtrack yang berkonsepkan various artist dan indie rock ini memuatkan lagu-lagu daripada artis seperti Barry Louis Polisar, Kimya Dawson, The Kinks, Buddy Holly, Mateo Messina, Belle & Sebastian, Sonic Youth, Mott the Hoople, Cat Power, The Velvet Underground, The Moldy Peaches, Antsy Pants, Michael Cera dan Ellen Page. Album ini telah berjaya mengalahkan empat album lain yang dicalonkan iaitu soundtrack untuk filem American Gangster, August Rush, Mamma Mia! dan Sweeney Todd, the Demon Barber of Fleet Street.

Kategori Best Score Soundtrack Album for Motion Picture, Television or Other Visual Media pula telah dimenangi oleh komposer James Newton Howard dan Hans Zimmer untuk filem The Dark Knight. Mereka berjaya mengalahkan John Williams untuk skor filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull. Bagi Best Song Written for Motion Picture, Television or Other Visual Media, lagu Down to Earth daripada filem Wall-E telah dipilih sebagai pemenang. Lagu ini dinyanyikan oleh Peter Gabriel.

John Williams bagaimanapun tidak pulang dengan tangan kosong kerana memenangi anugerah Best Instrumental Composition untuk skor The Adventures of Mutt dari filem Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull. Untuk Best Instrumental Arrangement ia dimenangi oleh Thomas Newman dengan skor Define Dancing dari filem Wall-E.

Tiada ulasan: