Selasa, 24 Februari 2009

Manusia Panda

Kalau Yusry KRU sudah berjaya mencipta ikon adiwira yang 'diminati' rakyat Malaysia iaitu Cicak Man, Taiwan juga tidak mahu ketinggalan. Ikon muzik hip-hop dan pop Mandarin, Jay Chou sedang dalam perancangan untuk penggambaran sebuah kisah sains fiksyen mengenai adiwira ciptaannya, Panda Man. Bagaimanapun Panda Man akan dijadikan siri TV.

Menurut Jay Chou, dia mendapat inspirasi untuk Panda Man setelah Tanah Besar China menyerahkan dua ekor panda iaitu Tuan Tuan dan Yuan Yuan kepada Taiwan. Dia merasakan panda-panda ini sebagai ikon yang merapatkan hubungan kedua-dua negara dan sebagai lambang keamanan. Panda juga merupakan maskot bagi negara China.

Mungkin Yusry KRU dulu sepatutnya membikin Kancil Man daripada Cicak Man, baru melambangkan identiti Malaysia, huhu....macam-macamlah.

*Sumber daripada sini

2 ulasan:

cerpelai berkata...

Err.. Serasa gua, animasi Panda Z dari Nippon telahpun bermula jauh lebih dahulu dari penciptaan filem ni bro..

Ianya dicedok dari animasi Jepun iaitu Mazinger Z.. Panda digabungkan bersama Mazinger Z menjadi Panda Z..!!

Sorry kalo tersalah info.. Gua pun bukannya reti sangat..!! Bodo cam Sang Kelembai jugak kengkadang..
Kehkehkeh..

zulazahari berkata...

Sebenarnya filem2 dari Taiwan dan Hong Kong mmg banyak mengambil anime/manga drpd Jepun dijadikan filem, contohnya Initial D, City Hunter dan Kung-Fu Dunk (Slam Dunk), mungkin Panda Man pun sama jugak kot.