Selasa, 24 Februari 2009

Berlapis-lapis

Judul filem ini telah membuatkan aku terpaksa mencari maksudnya di dalam kamus.


mesh (plural meshes)


1.The opening or space enclosed by the threads of a net between knot and knot, or the threads enclosing such a space.


2.The engagement of the teeth of wheels, or of a wheel and rack.


Siapa kata hanya subjek matematik dan sains sahaja yang boleh meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris? Tonton filem pun boleh.

Meshes of the Afternoon merupakan sebuah filem pendek arahan pasangan suami isteri Maya Deren dan Alexander Hammid. Filem ini dibikin pada tahun 1943.

Filem ini adalah eksperimen Derren dan Hammid untuk membikin sebuah filem berbentuk avant garde seperti filem An Andalusian Dog yang dibikin lewat 20'an.

Filem pendek ini menceritakan pengalaman seorang wanita yang menyaksikan sesuatu perkara itu berulang-ulang kali. Setiap kali imej yang berulang itu dipaparkan akan terdapat imej yang baru. Akhir filem ini penonton akan melihat seorang lelaki menemui wanita tersebut mati dengan lehernya dikelar.

Filem ini asalnya asalnya senyap tanpa sebarang dialog dan muzik latar. Pada tahun 1952, setelah Maya Deren berkahwin dengan pemuzik Jepun bernama Teiji Ito, Ito telah memasukkan muzik latar dalam filem ini.






1 ulasan:

farjan berkata...

ya,aku baru sahaja selesai menonton filem pendek ini.
sangat lah avant garde.
aku tertarik.jadi,aku search la di google bermacam2 review aku dapat,kemudian aku search gambar pula,ni lah sampai di blog kau.
hehe.