Filem arahan Derek Yee, Shinjuku Incident, yang juga merupakan filem terbaharu lakonan pelakon aksi Jackie Chan mungkin tidak akan ditayangkan di negara China setelah lembaga penapisan filem China menyifatkan filem tersebut 'terlalu ganas' untuk ditayangkan di negara itu.
Shinjuku Incident yang menelan belanja sebanyak $25 juta merupakan projek terbaharu Jackie Chan yang juga merupakan penerbit filem tersebut. Filem ini dijangka memberi kelainan dalam filem-filem lakonan Jackie Chan apabila ia lebih berbentuk drama daripada aksi. Ia mengisahkan seorang mekanik traktor lakonan Jackie Chan merantau daripada China ke Jepun untuk mencari kekasihnya yang telah lama tidak ditemuinya. Malang baginya, kekasihnya itu telah menjadi isteri kepada ketua Yakuza (kongsi gelap Jepun).
Turut berlakon dalam filem ini ialah Naoto Takenaka, Daniel Wu, Xu Jinglei, Masaya Kato, Fan Binbing dan Ken Watanabe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan