Ya, ya, semua orang tahu Slumdog Millionaire dinobatkan sebagai filem terbaik di Academy Awards ke-81. Yang baik semua tahu, filem apa pula yang terburuk sepanjang tahun 2008?

Filem
The Love Guru yang diarahkan oleh
Marco Schnabel telah 'dianugerahkan' sebagai filem terburuk dalam
Golden Raspberry Awards ke-29. Acara ini telah dilansungkan sehari sebelum berlansungnya Academy Awards dan tujuan acara ini dilansungkan adalah untuk memberi 'anugerah' bagi filem-filem dan krew-krew perfileman yang teruk.
Mike Myers pula menerima 'anugerah'
Worst Actor bagi lakonannya dalam filem
The Love Guru.
Worst Actress pula 'dimenangi' oleh
Paris Hilton untuk filem
The Hottie and the Nottie. Bekas pelakon
James Bond, Pierce Brosnan menerima anugerah
Worst Supporting Actor untuk lakonannya dalam filem
Mamma Mia! manakala
Paris Hilton sekali lagi menerima 'anugerah' iaitu
Worst Supporting Actress untuk lakonannya dalam filem
Repo! The Genetic Opera.
Paris Hilton menerima 'anugerah' lagi iaitu
Worst Screen Couple bersama
Christine Lakin dalam filem
The Hottie and the Nottie.
Worst Director 'dimenangi' oleh
Uwe Boll untuk filem-filemnya
1968 Tunnel Rats, In the Name of the King: A Dungeon Siege Tale dan
Postal.
Mike Myers dan
Graham Gordy menerima 'anugerah'
Worst Screenplay untuk filem
The Love Guru.
Worst Prequel, Remake, Rip-off or Sequel 'dimenangi' oleh filem
Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull.
Worst Career Achievement 'dimenangi' oleh
Uwe Boll menyebabkan beliau menerima jolokan '
Ed Wood Jerman'.
*Sumber diperolehi dari
sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan