Rabu, 25 Februari 2009

Filem-filem terburuk tahun 80'an

Berikut adalah senarai filem-filem yang pernah 'memenangi' anugerah Worst Picture dalam Golden Raspberry Awards.


Can't Stop the Music (1980)

Filem pertama yang memenangi anugerah ini apabila anugerah Golden Raspberry diperkenalkan pada tahun 1980. Filem ini diarahkan oleh Nancy Walker. Walaupun filem ini 'dianugerahkan' sebagai Worst Picture filem ini telah mendapat sambutan box office dan juga telah mempopularkan lagu YMCA persembahan kumpulan Village People. Anggota-anggota kumpulan ini juga merupakan pelakon utama filem ini. Filem ini telah menjadi cult di kalangan golongan gay dan lesbian.


Mommie Dearest (1981)

Filem ini diarahkan oleh Frank Perry. Merupakan sebuah biografi mengenai mendiang Joan Crawford. Watak Joan Crawford telah dilakonkan oleh Faye Dunaway.


Inchon (1982)

Filem ini diarahkan oleh Terence Young dan diterbitkan oleh Mitsuharu Ishii. Filem ini mengisahkan tentang Pertempuran Incheon sewaktu Perang Korea. Filem ini telah mendapat sambutan yang dingin di Amerika Syarikat dan mendapat ulasan yang buruk daripada pengulas dan pengkritik filem.


The Lonely Lady (1983)

Diarahkan oleh Peter Sasdy berdasarkan novel yang ditulis oleh Harold Robbins.


Bolero (1984)

Diarahkan oleh John Derek dan diterbitkan oleh Bo Derek. Filem ini dibintangi oleh Bo Derek, George Kennedy dan penampilan pertama Olivia d'Abo yang telah mencetuskan kontroversi kerana berbogel dalam usia yang terlalu muda iaitu 14 tahun. Filem ini mengisahkan tentang kesedaran seksual seorang wanita dan pengembaraannya mencari pasangan sesuai untuk kepuasan seksualnya.


Rambo: First Blood Part II (1985)

Diarahkan oleh George P. Cosmatos dan Sylvester Stallone. Lakonlayar oleh Sylvester Stallone dan James Cameron. Dibintangi oleh Sylvester Stallone dan Richard Crenna. Meskipun filem ini mencatat kutipan box office namun ia telah dikritik sebagai sebuah filem aksi yang tidak bermakna. Akibat kritikan tersebut filem ini telah meraih gelaran Worst Picture tahun 1985.


Howard the Duck (1986)

Diarahkan oleh Willard Huyck dan diterbitkan oleh Gloria Katz dan Ian Bryce. Berdasarkan watak komik Howard the Duck terbitan Marvel Comics, mengisahkan seekor itik bernama Howard dari sebuah planet bernama Duckworld telah secara tidak sengaja datang ke Bumi. Di Bumi dia terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling yang dipenuhi manusia. Akhirnya Howard menjadi wira apabila berjaya menyelamatkan dunia daripada serangan makhluk asing bernama Dark Overlord.


Under the Cherry Moon (1986)

Filem ini berkongsi gelaran Worst Picture bersama filem Howard the Duck. Diarahkan oleh penyanyi pop Prince dan dibintangi oleh Prince dan Kristin Scott Thomas. Ia mengisahkan seorang gigolo bernama Christopher Tracy (Prince) ingin menipu seorang wanita Perancis bernama Mary Sharon (Kristin Scott Thomas) bagaimanapun rancangannya tidak berjaya apabila dia jatuh cinta terhadap wanita itu.


Leonard Part 6 (1987)

Leonard Part 6 adalah sebuah filem bercorak komedi aksi. Ia diarahkan oleh Paul Weiland dan dibintangi oleh Bill Cosby, Joe Don Baker dan Gloria Foster. Ia mengisahkan seorang bekas agen CIA bernama Leonard Parker (Bill Cosby) dipanggil semula oleh CIA untuk menyelamatkan dunia daripada seorang vegetarian yang jahat dengan rancangannya untuk menakluk dunia. Meskipun Bill Cosby meraih tiga 'anugerah' dalam Golden Rasberry Awards dia menerima anugerah tersebut dengan besar hati. Cuma trofi yang diterima oleh Cosby agak istimewa, dia menempah trofi tersebut yang diperbuat daripada emas 24 karat (setakat ini trofi Golden Raspberry hanyalah raspberry plastik yang dicat dengan warna emas dan bernilai hanya US$4.89 sahaja).


Cocktail (1988)

Filem yang menggunakan nama Tom Cruise sebagai bintang utamanya dan filem ini telah menjadi box office bagaimanapun tetap meraih gelaran Worst Picture manakala Tom Cruise meraih gelaran Worst Actor untuk tahun 1988. Ia diarahkan oleh Roger Donaldson berdasarkan novel karya Heywood Gould.


Star Trek V: The Final Frontier (1989)

Diarahkan oleh William Shatner. Akibat beberapa masalah teknikal dan dalaman, filem ini telah menjadi filem Star Trek paling buruk dan mengecewakan. Akibatnya filem ini telah dicalonkan dalam Golden Raspberry Awards dan meraih gelaran Worst Picture. William Shatner menyalahkan dirinya sendiri atas kegagalan filem ini dan muncul buat kali terakhir dalam filem Star Trek menerusi Star Trek VI: The Undiscovered Country.

3 ulasan:

cerpelai berkata...

Hoh?..
Rambo is the worst picture for the year 80's?..
Kehkehkeh.. Mungkin ada betulnya sebab 'pertarungan' John J. Rambo dalam filem tu nampak tak bermotif meskipun motifnya telah cuba ditonjolkan..

Tapi gua tetap suka tengok..
Bro macammana?

zulazahari berkata...

Aku pun suka Rambo, bukan dari segi propaganda Amerika tapi dari segi konflik dalaman Rambo, daripada filem First Blood hingga yg terbaru John Rambo, berapa kali Rambo bilang yg dia tidak mahu lagi terlibat dgn peperangan, malangnya apabila sudah sekali terlibat agak susah hendak melarikan diri dari situasi tersebut, walaupun dia sudah pulang ke tanahair. Dengarnya ada sambungan lagi untuk filem Rambo yg mengisahkan konflik hidupnya di negara sendiri.

cerpelai berkata...

Terus terang gua cakap yang Rambo 4 agak mengecewakan gua sebagai peminat First Blood ke Rambo III..

Apakan lagi bro kata ada lagi sambungan mengenai konflik Rambo akan datang.. Gua akan tengok untuk memastikan yang Rambo tetap menjadi antara filem kegemaran gua..