Khamis, 26 Februari 2009

Kristal yang pudar

Pertama kali aku melihat persembahan kumpulan ini bersama penerbit album mereka, Awie dalam rancangan Anugerah Industri Muzik suatu masa dahulu. Aku agak terpegun dengan penampilan mereka pada waktu itu. Mereka masih lagi pelajar sekolah tapi sudah mampu bermain muzik dengan baik sekali.

Penampilan mereka pada waktu itu juga agak ekstrim. Mereka memakai jubah hitam ala-ala gothic dan black metal (ketika itu isu black metal masih belum hangat diperkatakan) mengiringi Awie sebagai encore untuk acara AIM. Walaupun lagu yang didendangkan oleh Awie berjudul Terima Kasih, mereka telah mencetuskan suasana havoc dengan petikan gitar dan paluan dram yang bertalu-talu. Aku mula merasakan kumpulan ini akan mencetuskan suatu fenomena baru dalam industri muzik metal mainstream di Malaysia (pada waktu itu).

Apabila album mereka berada di pasaran, lagu Seragam Hitam yang berentak agak heavy telah berjaya mencuri tumpuan pendengar-pendengar muzik metal mainstream dan berjaya mendapat tempat sebaris dengan band-band metal mainstream yang lain seperti Manterra, XPDC, Amuk dan sebagainya. Lagu Seragam Hitam juga turut dimuatkan dalam kompilasi lagu-lagu metal Kencang Melawan Arus bersama-sama lagu-lagu lain daripada Sil Khannaz, Cromok, Suffercations dan sebagainya.

Untuk album kedua, Kristal tidak lagi membawakan muzik hard dan heavy metal seperti album sebelumnya. Namun, lagu Pak Belalang yang dibawa dalam rentak ala-ala punk rock masih boleh diterima. Selepas berlaku beberapa insiden dan konflik bersama Awie, kumpulan Kristal seperti hampir hilang arah dan identiti. Namun album NT Virus yang diterbitkan oleh Joe Wings masih mengekalkan identiti rock Kristal. Sehinggalah mereka muncul dengan album Rockafella yang memuatkan beberapa lagu 60'an yang di rock kan. Aku sangka ini hanya projek main-main mereka, seperti kumpulan XPDC yang telah mempopularkan irama metal 60'an suatu masa dahulu. Nampaknya Kristal seolah-olah selesa dengan irama sebegini dan masih mengekalkannya untuk beberapa lagu lagi. Lagu SMS yang disadur daripada lagu Hindi tahun 60'an padaku begitu menjengkelkan.

Semalam aku menyaksikan sedutan rancangan Zoom In Sedekad Bersama Kristal di TV2 dan aku terkejut mendengarkan lagu yang didendangkan Kristal. What the fuck? Kristal membawakan lagu yang mendayu-dayu, meleleh-leleh yang menjadi trademark Eddie Hamid dan kumpulan-kumpulan 'leleh' tahun 90'an. Sedangkan Tomok, vokalis kumpulan NewBoyz sudah mula improve dari segi vokal dan persembahan apabila menyertai program One in a Million tapi Kristal mahu kembali ke belakang? Bagaimana Kristal mahu menggilap kembali sinarnya yang semakin pudar sekiranya Kristal memilih untuk bermain lagu-lagu yang sebegitu, sedangkan arena muzik indie semakin berkembang pesat di Malaysia.


Kristal, sarungkan kembali seragam hitammu.



2 ulasan:

cerpelai berkata...

Masa mula-mula Kristal dibawa masuk ke mainstream, gua melihat beberapa perkara:-

a)Gitaris Rody memang hebat dari segi riff serta 'gorengan' mautnya..

b)Vokalis kumpulan ni terlalu mengikut tatanada mentornya iaitu Awie membuatkan ianya sedikit cliche..

c)Muzik yang mereka bawakan adalah dari 'refreshing old-school rock' (terma gua sendiri) yang menaikkan kembali irama rock tulen bagi gua..

Sayangnya selepas populariti yang diraih, mereka melakukan kesilapan dengan 'terlalu sibuk' membawa kembali lagu-lagu lama yang di'metal'kan menjadi irama mereka sendiri.. Mungkin mereka kreatif tapi trend itu yang pertama kali dibawa oleh XPDC telah lama berlalu..

Tambah lagi dengan perubahan terbaru dengan membawakan irama 'Eddie Hamid', mereka seolah-olah merosakkan lagi kepercayaan pendengar yang masih mengharap agar mereka kembali menyarung seragam hitam mereka..

zulazahari berkata...

Yus,

Totally agree with U