Isnin, 16 Februari 2009

Koleksi Album Soundtrack - Almost Famous

ALBUM kompilasi soundtrack Almost Famous telah memenangi anugerah Best Compilation Soundtrack Album for a Motion Picture, Television or Other Visual Media di Grammy Awards ke 43 pada tahun 2001.

Album ini mengandungi 17 buah lagu yang dijadikan lagu latar untuk filem Almost Famous. Antara lagu-lagu yang dimuatkan seperti lagu America persembahan Simon & Garfunkel, Sparks daripada The Who, I've Seen All Good People: Your Move daripada kumpulan Yes dan beberapa lagu rock klasik.

Filem Almost Famous merupakan sebuah drama komedi muzikal arahan Cameron Crowe, ditulis oleh Cameron Crowe dan Lisa Stewart, dibintangi oleh Billy Crudup, Frances McDormand, Kate Hudson, Anna Paquin dan Faizura Balk. Ia mengisahkan seorang wartawan remaja yang menulis untuk majalah Rolling Stone ditugaskan untuk membuat liputan tentang sebuah kumpulan rock bernama Stillwater. Filem ini adalah berdasarkan pengalaman Crowe sendiri sewaktu menjadi wartawan untuk majalah Rolling Stone. Latar masa untuk filem ini adalah sekitar tahun 1973.

Cameron Crowe adalah suami kepada Nancy Wilson, vokalis untuk kumpulan rock 80'an Heart.

2 ulasan:

mahhass berkata...

wahh layout baru! Lebih kemas & rapi!

zulazahari berkata...

Alamak, mcm iklan syampu ler pulak ;-)