Jumaat, 13 Februari 2009

Koleksi album soundtrack - Tarzan

ALBUM soundtrack filem animasi Disney Tarzan merupakan album yang telah memenangi kategori Best Compilation Soundtrack Album for a Motion Picture, Television or Other Visual Media di Grammy Awards ke-42.

Lagu-lagu di dalam album ini dinyanyikan oleh Phil Collins manakala muziknya digubah oleh Mark Mancina. Lagu You'll Be in My Heart juga telah berjaya meraih Oscar di Academy Awards dan Golden Globe untuk kategori lagu original terbaik.

Album ini juga telah diterjemahkan ke berbagai bahasa seperti Melayu, Thai, Mandarin, Perancis dan Latin dan dinyanyikan oleh penyanyi yang menggunakan bahasa tersebut. Di Malaysia, lagu-lagu dalam album ini dinyanyikan dalam bahasa Melayu oleh Zainal Abidin.

Filem Tarzan merupakan sebuah filem animasi terbitan Disney yang diadaptasi daripada kisah Tarzan of the Apes karya Edgar Rice Burrough. Walaupun filem ini diadaptasi daripada novel tersebut terdapat namun terdapat sedikit perbezaan. Watak beruk gergasi dalam novel itu telah ditukar kepada sekumpulan gorilla. Watak Kala dijadikan terselamat sementara dalam novel ia dibunuh oleh manusia. Watak penduduk asli ditiadakan dalam filem. Watak Clayton pula dijadikan sebagai seorang yang keras hati dan kejam.

Seperti album soundtrack Tarzan, filem ini juga telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Di Malaysia, suara penyanyi Amir Yussof telah digunakan untuk watak Tarzan manakala suara Ramona Rahman untuk watak Jane.

Tiada ulasan: