Jumaat, 13 Februari 2009

Album soundtrack pertama memenangi anugerah Grammy

ALBUM soundtrack untuk filem Anatomy of a Murder adalah album yang pertama menerima anugerah Grammy. Keistimewaan album ini kerana ia merupakan filem pertama menampilkan muzik Jazz dalam skor muziknya.

Skor untuk filem ini digubah oleh Duke Ellington. Beberapa orang anggota orkestra Duke Ellington turut muncul dalam filem ini sebagai cameo.

Soundtrack filem ini mengandungi 13 track telah diterbitkan dan dikeluarkan pada 29 Mei 1959. Pada tahun 1995 ia dikeluarkan dalam bentuk CD. Album ini memenangi anugerah Grammy pada tahun 1959 untuk kategori Best Soundtrack Album dan Background Score from Motion Picture or Television.

Anatomy of a Murder merupakan sebuah filem bercorak misteri dan penyiasatan. Ia mengisahkan seorang anggota tentera, Lt. Frederic Manion telah didapati bersalah menembak mati seorang penjaga kedai yang didakwanya telah menodai isterinya. Kesnya telah diambil oleh seorang peguam bernama Paul Biegler.

Filem ini adalah adaptasi dari novel dengan judul yang sama karya Robert Traver. Filem ini dibintangi oleh Jimmy Stewart, George C. Scott dan Lee Remick. Filem ini diarahkan oleh Otto Preminger.

Tiada ulasan: