Isnin, 16 Februari 2009

Maka pengembaraan pun bermula.


Sewaktu ayahku (ataupun abahku) menghasilkan novel kanak-kanak pertamanya (dan terakhir) aku dapati abah begitu tekun menghasilkan karyanya. Dia inginkan karyanya cepat siap dan dibukukan. Akhirnya novel sulung karya abah siap dan manuskrip dihantar kepada syarikat Penerbitan SS (syarikat ini sudah tiada lagi) untuk dicetak dan dibukukan. Malangnya segala penat lelahnya tidak berbaloi apabila bukunya telah ditolak untuk dijadikan bahan bacaan bagi perpustakaan sekolah kerana dikatakan mempunyai unsur tahyul (abah menyelitkan kisah bomoh ular dalam novelnya) dan karya abah disamakan dengan novel-novel hantu karya Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah. Karya-karya sebegitu tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak. Abah begitu kecewa dan mengambil keputusan untuk berhenti menulis. Meskipun abah bukanlah seorang penulis yang terkenal ataupun seorang sasterawan, pada pertengahan 80'an abah sering memenangi peraduan penulisan untuk Hari Guru peringkat negeri Perak dan ramai kawan-kawannya juga merupakan penulis dan novelis terkenal.

Kini sebuah filem animasi terbitan tempatan sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh negara. Filem berjudul Geng: Pengembaraan Bermula mendapat sambutan menggalakkan dan review-review yang positif daripada pengulas-pengulas filem. Antara yang menarik hatiku ialah watak Opet, sejenis makhluk seperti gremlin atau....apakah makhluk itu, aku pun tak pasti tapi ia memang comel. Dan di dalam filem ini juga ada dunia fantasi, ada kelip-kelip seolah-olah fairy atau Tinker Bell, ada hantu tulang, ular besar dan filem ini untuk tayangan kanak-kanak. Malahan turut mendapat sokongan kerajaan iaitu MOSTI, fuh!

Oh, jangan salah anggap. Bukan aku menghentam atau mengkritik filem ini. Aku sukakan filem ini. Aku rasakan filem ini adalah pemecah tradisi filem animasi Melayu yang selalu kantoi di pawagam. Aku kagum dengan kerjasama krew-krew Les Copaque untuk menjayakan filem ini. Juga aku rasakan strategi mereka memperkenalkan watak Upin dan Ipin sepanjang bulan Ramadhan lalu, meskipun hanya 5 ke 10 minit adalah berbaloi. Syabas Les Copaque!

Mungkin kanak-kanak sekarang sudah terbuka mindanya dan sudah dapat membezakan antara yang fiksi dan realiti. Mungkin juga bukan rezeki abah ketika itu, 'sob'.

7 ulasan:

cerpelai berkata...

Kehkehkeh..
Gua paham perasaan orang tua bro..
'Orang kuat' penerbitan menolak satu pembaharuan yang dibawa kerana ideologi dangkal mereka.. Dan mereka akan mendabik dada dengan mengatakan yang mereka lebih bagus dari sesiapa..

Tapi sekarang tengoklah..
Bagaimana mereka menjilat ludah sendiri.. Terus-terang gua katakan kalaulah karya beliau boleh dibawa naik masa tu, beliau akan menjadi pioneer yang akan disanjung tinggi..!!

Nota kaki:-
Susah nak berjaya bila bangsa sendiri suka tengok kita jatuh terduduk..!!

Ajami Hashim berkata...

Salaam bro,

kau masih simpan manuskrip arwah abah kau tu?
aku cadangkan kau bawak ke penerbitan buku di KL ni.. serius bro!

Al-Fatihah utk abah kau..

zulazahari berkata...

Ooppsss Ajami,

Pembetulan, abah aku tak meninggal lagi, manuskrip tu masih ada kat dia, katanya dia tak nak publish kat mana2 pun dan kontrak dgn syarikat yg lama tu pun masih valid lagi walaupun syarikat tu dah ditutup (owner dia masih ada lagi, mungkin kau pernah dengar nama Hasni Tamrin Halimi)

Ajami Hashim berkata...

eh! sori! hahaha..

apakata korang satu kuarga bikin filem 3D? haaa!

zulazahari berkata...

Haha...aku rasa kau keliru bila aku tulis perkataan 'terakhir' tu, biasalah tu, salah tafsiran, mungkin aku akan insert sikit kandungan novel tu dlm blog aku, sebab copyright masih ada so aku tak boleh nak siarkan sepenuhnya.

Nak bikin filem 3D? Aku dengar filem Geng nie pun 2 tahun baru dpt disiapkan, kalau aku buat harus 10 tahun kot? Huhu....

Aku berkata...

kalo gitu wa cadangkan lu bawak manuskrip father lu ke http://mekmulong.blogspot.com/

Gua editor kat situ, tmpt kita orang mmg terbitkan buku siri kanak2 tetiap hujung tahun. Tgk, manalah tau bos wa boleh terima bro ... wa serius ni, boleh gak tolong bapa lu kalo bos wa terima ... cuba aje ler ... mana tau ..

zulazahari berkata...

Geng Metal,

Insya Allah, nanti gua tanya bos gua. Tq all sebab prihatin....:)