Khamis, 26 Februari 2009

Filem-filem terburuk 90'an


The Adventures of Ford Fairlane (1990)

Sebuah filem aksi komedi. Diarahkan oleh Renny Harlin (Die Hard 2). Diterbitkan oleh Joel Silver dan Steve Perry. Dibintangi oleh Andrew Dice Clay, Priscilla Presley dan Robert Englund. Ia mengisahkan seorang detektif persendirian di Hollywood yang menyiasat kes pembunuhan seorang artis.


Ghosts Can't Do It (1990)

Berkongsi gelaran Worst Picture bersama filem The Adventures of Ford Fairlane. Diarahkan oleh John Derek. Diterbitkan oleh Bo Derek dan Chandran Rutnam. Dibintangi oleh Bo Derek dan Anthony Quinn. Ia mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Scott dan Kate. Suatu hari Scott terkena serangan jantung dan tidak dapat membuat hubungan seks lagi. Akibat kemurungan Scott telah membunuh diri. Scott kemudian menjelma menjadi hantu dan hanya Kate yang dapat mendengar dan melihat kelibat Scott. Untuk membolehkan Scott menjadi manusia semula, mereka merancang untuk membunuh seorang pemuda supaya roh Scott dapat menghuni jasadnya. Donald Trump turut berlakon dalam filem ini sebagai cameo.


Hudson Hawk (1991)

Filem ini diarahkan oleh Michael Lehmann dan diterbitkan oleh Joel Silver. Dibintangi oleh Bruce Willis, Andie MacDowell dan James Coburn. Filem ini berkonsepkan aksi komedi dengan menggunakan unsur-unsur slaptick. Ia mengisahkan seorang pencuri bernama Eddie 'Hudson Hawk' Hawkins telah diupah oleh CIA untuk mencuri sebuah mesin yang dicipta oleh Leonardo Da Vinci. Mesin tersebut mampu menukar logam kepada emas.


Shining Through (1992)

Diarahkan oleh David Seltzer berdasarkan novel karya Susan Isaacs, bagaimanapun plotnya telah ditukar. Dibintangi oleh Michael Douglas, Melanie Griffith dan Liam Neeson. Filem yang berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua mengisahkan seorang setiausaha Angkatan Tentera yang jatuh cinta dengan pegawai atasannya.


Indecent Proposal (1993)

Diarahkan oleh Adrian Lyne. Dibintangi oleh Robert Redford, Demi Moore, Woody Harrelson dan Oliver Platt. Mengisahkan sepasang suami isteri bernama Diana dan David telah mencuba nasib di Las Vegas. Mereka telah kalah teruk dan berjumpa dengan jutawan bernama John Gage. John sanggup meminjamkan mereka satu juta Dollar dengan syarat Diana bermalam dengannya. David dan Diana setuju dengan syarat tersebut dan menandatangani kontrak keesokan harinya. John membawa Diana ke kapal peribadinya. Bagaimanapun David tidak dapat hidup tanpa Diana dan cuba merampasnya kembali. Begitu juga dengan Diana yang tidak dapat melupakan David. Akhirnya John menyerahkan wang tersebut kepada mereka dan Diana kembali ke pangkuan David.


Color of Night (1994)

Diarahkan oleh Richard Rush. Dibintangi oleh Bruce Willis, Jane March, Lesley Ann Warren dan Scott Bakula. Sebuah filem misteri, thriller dan erotik. Filem ini ada pengaruh daripada filem Vertigo arahan Alfred Hitchcock. Filem ini telah mencetuskan kontroversi kerana terlampau banyak adegan ranjang antara Bruce Willis dan Jane March hingga hampir menjadi filem X rated.


Showgirls (1995)

Diarahkan oleh Paul Verhoeven. Dibintangi oleh Elizabeth Berkley, Kyle MacLachlan dan Gina Gershon. Mengisahkan perjalanan hidup seorang stripper yang akhirnya menjadi seorang showgirl.


Striptease (1996)

Diarahkan oleh Andrew Bergman. Dibintangi oleh Demi Moore, Burt Reynolds, Armand Assante, Ving Rhames dan Robert Patrick. Mengisahkan seorang agen FBI iaitu Erin Grant telah menjadi seorang stripper di sebuah kelab malam. Tujuannya untuk mencari wang bagi menampung perbicaraan mendapatkan hak pembelaan anak perempuannya daripada bekas suaminya. Erin kemudian mencuri perhatian seorang ahli kongres bernama David Dilbeck. Dilbeck kemudian menjadikan Erin perempuan simpanannya. Erin mengetahui Dilbeck pernah terlibat dalam beberapa kes pembunuhan dan membuat rancangan untuk memberkasnya.


The Postman (1997)

Diarahkan oleh Kevin Costner berdasarkan novel karya David Brin. Dibintangi oleh Kevin Costner, Will Patton, Olivia Williams dan Tom Petty. Mengisahkan Amerika Syarikat 16 tahun selepas perang nuklear yang mengalami kegersangan dan kejatuhan tamadun manusia. Seorang lelaki yang digelar sebagai The Postman menjadi perantara yang membawa bekalan seperti makanan, minuman dan barang keperluan. Filem ini telah gagal di pawagam menyebabkan ia dicalonkan untuk lima anugerah Golden Raspberry dan memenangi kelima-limanya.


Burn Hollywood Burn (1998)

Diarahkan oleh Arthur Hiller. Dibintangi oleh Ryan O'Neal, Coolio, Chuck D dan Eric Idle. Mengisahkan seorang pengarah filem bernama Alan Smithee merancang untuk mengarahkan sebuah filem aksi big budget yang dibintangi oleh Sylvester Stallone, Whoopi Goldberg dan Jackie Chan. Bagaimanapun, filemnya telah dipotong dan Smithee mencuri filem tersebut, mengugut untuk membakarnya sekiranya filem tersebut tidak diterbitkan.


Wild Wild West (1999)

Diarahkan oleh Barry Sonnenfeld. Dibintangi oleh Will Smith, Kevin Kline, Salma Hayek dan Kenneth Branagh. Berkonsepkan weird western dan sains fiksyen mengisahkan dua orang agen Amerika Syarikat sewaktu zaman koboi cuba menghentikan operasi seorang saintis gila dan pengganas bernama Dr. Loveless yang merancang untuk membunuh Presiden Amerika Syarikat.

2 ulasan:

cerpelai berkata...

Will Smith begitu teruja untuk berlakon dalam filem Wild Wild West sehingga sanggup menolak tawaran sebagai Neo, watak utama dalam filem The Matrix.

Kesudahannya, Wild Wild West dikategorikan sebagai filem yang gagal mencontohi filem Water World di pasaran. Manakala The Matrix pula melonjak naik. Nasib baik isteri Will Smith turut berlakon dalam sekuel Matrix seterusnya. Terubat jugak laa hati Will Smith..

zulazahari berkata...

Hehe...tu la pasal. Di Hollywood nampaknya filem yg dibikin dgn budget yg besar, pelakon yg ada nama tak semestinya akan menjadi yg terbaik, Golden Raspberry Awards sebenarnya adalah motivasi kpd filmmakers di Hollywood supaya tidak membikin filem sampah. Di Malaysia pun sepatutnya ada anugerah yg sama supaya tak banyak filem yg tak berkualiti ditayangkan di pawagam.