Isnin, 2 Mac 2009

Projek terbaharu Stallone


Gambar dikredit kepada Eric Charbonneau/Getty Images


Selain daripada filem Rambo V, Stallone juga sedang dalam proses untuk penggambaran filem terbaharunya berjudul The Expendables. Filem yang bercorak aksi ala-ala The Wild Geese ini akan menghimpunkan beberapa hero pujaan ramai yang telah bersara dan masih aktif berlakon antaranya ialah Stallone sendiri, Jet Li, Jason Statham, Dolph Lundgren, Mickey Rourke, Eric Roberts, Forest Whitaker dan bekas musuh ketat Stallone iaitu Arnold Schwarzenegger. Cuma agak mengecewakan apabila Jackie Chan yang pernah melahirkan hasrat untuk berlakon di bawah arahan Stallone suatu masa dahulu tidak dijemput bersama.

Beberapa pelakon lagi dijangka akan turut serta dalam filem ini. Mereka ialah Sandra Bullock, Ben Kingsley, Danny Trejo, Robert Knepper dan Scott Adkins.

Wesley Snipes turut ditawarkan berlakon dalam filem ini namun terpaksa menolaknya kerana masalah peribadi.

Filem ini mengisahkan sekumpulan askar upahan yang dihantar ke Amerika Selatan untuk membunuh seorang diktator.

Sebuah lagi filem yang mengisi senarai untuk ditonton.


Tiada ulasan: