Bagaikan trend, Afghanistan mula menjadi lokasi popular untuk filem seram. Ya, Afghanistan memang telah banyak menyaksikan pembunuhan. Tentera Amerika, Soviet, anggota-anggota Taliban dan ribuan atau jutaan penduduk Afghanistan yang terbunuh menjadikan Afghanistan sebuah tempat yang berdarah.
Afghanistan di dalam filem bukanlah lokasi sebenar. Namun idea menjadikan Afghanistan sebagai sebuah tempat yang menakutkan agak menarik. Sebuah tempat yang dikelilingi gurun pasir, telah menyaksikan pertempuran dan pertumpahan darah sejak bertahun-tahun lamanya, wujud pula suatu entiti asing yang akan meragut nyawa tanpa mengira anda di pihak yang mana.
Dua buah filem yang bergenre seram tetapi berlatarbelakangkan Afghanistan. Pertama ialah Red Sands dan kedua The Objective.
Red Sands diarahkan oleh Alex Turner, pengarah yang pernah menghasilkan filem Dead Birds. Dibintangi oleh Shane West, Leonard Roberts, JK Simmons mengisahkan sepasukan tentera Amerika Syarikat berada di Afghanistan dalam misi mencari dan menghapuskan pengganas. Secara tidak sengaja salah seorang dari mereka telah merosakkan sejenis patung purba. Dan perbuatan tentera tersebut telah membebaskan sesuatu yang telah dikurung sejak berkurun lamanya. Di samping berhadapan dengan serangan pengganas, tentera ini juga terpaksa berhadapan dengan entiti yang lebih kejam.
The Objective pula diarahkan oleh Daniel Myrick yang pernah mengarah The Blair Witch Project. Filem ini dibintangi oleh Jonas Ball, Matthew R. Anderson dan Jon Huertas. Juga mengenai misi tentera Amerika mencari seorang tokoh penting Afghanistan yang telah bersembunyi di sebuah perkampungan. Dalam perjalanan mereka ke kampung tersebut mereka telah diganggu dengan pelbagai gangguan. Semakin hampir mereka ke kampung tersebut semakin kuat gangguan tersebut hingga akhirnya mereka dapati gangguan itu bukanlah berasal dari dunia ini.
Untuk review yang lebih bernas tentang filem Red Sands, sila baca di sini.
TRAILER THE OBJECTIVE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan