Jumaat, 16 Januari 2009

Yusuf Islam rakam lagu George Harrison

Penyanyi dan pendakwah Yusuf Islam akan merakamkan dua buah lagu anggota The Beatles iaitu George Harrison. Lagu-lagu tersebut ialah The Day the World Gets 'Round' dan All Things Must Pass.

Lagu-lagu tersebut akan dimuatkan dalam album Klaus Voormann, seorang pemuzik dari Jerman. Hasil daripada lagu The Day the World Gets 'Round' akan disumbangkan kepada mangsa-mangsa peperangan di Gaza.

Yusuf Islam mula aktif menyanyi semula kerana ingin memperbetulkan salah fahamnya tentang muzik. Kemudian dia menyedari bahawa Islam tidak melarang sebarang bentuk seni asalkan ia tidak melanggar batasan dan syariat Islam. Yusuf mula menyanyi semula pada tahun 2005 untuk mengutip derma bagi mangsa-mangsa Tsunami di Acheh. Yusuf juga ingin mengikis tanggapan umum bahawa Islam bukanlah sebuah agama yang anti sosial dan anti hiburan.

Pada tahun 2006 Yusuf Islam telah merakamkan album pop pertamanya berjudul An Other Cup menandakan kembalinya beliau ke arena muzik pop setelah berhenti menyanyi pada tahun 1978. Album ini telah mendapat sambutan hangat dan menduduki tangga ke-52 di Billboard 200.

Baca juga MUSIC: A QUESTION OF FAITH OR DA'WAH? Artikel yang ditulis oleh Yusuf Islam mengenai muzik.

Tiada ulasan: