Khamis, 15 Januari 2009

Kita tidak akan gugur


Aku pernah bertanya adakah artis-artis Hollywood yang menjadi aktivis masyarakat akan prihatin terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin di Gaza, aku telah menemui jawapannya.

Seorang penyanyi folk Amerika, Michael Heart telah mencipta sebuah lagu yang khusus mengenai penderitaan dan mangsa peperangan di Gaza berjudul We Will Not Go Down.

Michael Heart adalah seorang pemuzik dan penggubah lagu yang pernah menyumbangkan karyanya kepada artis-artis seperti Brandy, Will Smith, Toto, Natalie Cole, Phil Collins dan Hillary Duff. Beliau telah dibesarkan di Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat.

Michael Heart telah mencipta lagu We Will Not Go Down dan membenarkan lagu ini untuk di download menerusi websitenya. Terima kasih, Michael Heart kerana prihatin terhadap rakyat Gaza atas dasar kemanusiaan.

WEBSITE MICHAEL HEART

Tiada ulasan: