Selasa, 20 Januari 2009

Berhati-hati dengan Jin Hutan


Filem terbaru yang akan menemui penonton di pawagam judulnya agak simple iaitu Jin Hutan.

Filem ini diarahkan oleh seorang lagi pengarah bukan Melayu iaitu Jeffery Wong. Sebuah lagi cerita mengenai kepercayaan orang Melayu digarap oleh pengarah bukan Melayu.

Ia mengisahkan sekumpulan wartawan daripada China datang ke hutan Malaysia untuk membuat penyelidikan tentang tumbuh-tumbuhan herba di Malaysia. Mereka telah dibantu oleh beberapa wartawan tempatan. Ekspedisi yang sepatutnya selamat dan menyeronokkan tiba-tiba menjadi mimpi ngeri bagi mereka apabila mereka telah diserang oleh sejenis makhluk ganas. Pada masa yang sama mereka juga berhadapan dengan kejadian tanah runtuh yang telah menghalang jalan keluar bagi mereka. Seorang demi seorang anggota ekspedisi itu menjadi mangsa makhluk tersebut. Dapatkah mereka keluar daripada hutan itu ataupun menjadi habuan makhluk yang sedang memburu mereka.

Filem ini dibintangi oleh Zami Ismail, Opie Zami, Jeffery Wong, Indah Han dan Zhong Roh.

Tiada ulasan: