Rabu, 21 Januari 2009

Laluan helang

Filem JCVD menandakan kembalinya pelakon aksi dan kickboxing Jean Claude Van Damme ke arena perfileman. Van Damme akan mengarahkan filem terbarunya Full Love aka The Eagle Path, sebuah filem percintaan yang disulami dengan aksi seni mempertahankan diri.

Ia mengisahkan seorang bekas tentera iaitu Frenchy lakonan Van Damme menjadi seorang pemandu teksi. Secara tidak sengaja dia telah bertemu dengan Sofia, lakonan Claudia Bassols, seorang wanita yang mempunyai hubungan dengan seorang ahli perniagaan yang juga seorang penjenayah iaitu Soli.

Dengan bantuan rakannya, Bobby Jackson lakonan Josef Cannon, mereka cuba menyelamatkan Sofia daripada cengkaman Soli dan konco-konconya.

WEBSITE JEAN CLAUDE VAN DAMME

2 ulasan:

mamat khalid berkata...

blog yg informatif. tq

zulazahari berkata...

TQ Abang Mamat.

(Mamat Khalid lawat blog aku, terharunya aku...huhu)