Selasa, 6 Januari 2009

Guitar Hero III menghina kalimah Allah?

Aku tidak pasti dengan perkara ini kerana aku tidak pernah bermain games Guitar Hero. Tetapi kepada mereka yang memiliki games Guitar Hero III: Legends of Rock cuba perhatikan betul-betul pada games tersebut, dan sekiranya benar ia menghina kalimah Allah, aku cadangkan bakar sahaja games itu.

Ini adalah petikan daripada laman blog Angin Perubahan

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.



Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dipunyai oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.



Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

4 ulasan:

cerpelai berkata...

Wohh?..
Terkejut gua tengok artikel kali ni.. Gua pun cam bro jugak.. tak pernah main Guitar Hero III ni..!!
Tapi pendedahan kali ni membuatkan gua rasa penjajahan kafirin terhadap muslim masih tebal dan tidak akan luput sampai bila-bila..
Siapa sangka dalam keasyikan mereka membina perisian permainan maya itu terselit dakyah berbaur anti-muslim dan tak semua antara kita yang mengaku muslim ni boleh nampak.

Pendapat dari lulusan SPM je ni bro.. kalo silap sila maapkan.

Tanpa Nama berkata...

http://en.wikipedia.org/wiki/Virgo_(astrology)

ada 2 kemungkinan:

1) penerbit/pereka animasi game ni mmg anti-muslim dan menyelitkan dakyah dgn sengaja

2) imej tu ialah tanda zodiak virgo yg terbalik. imej zodiak virgo lebih 'masuk' dgn latarbelakang game yg menampilkan makhluk2 fantasi zaman medieval. boleh cuba tgk di URL kat atas tu

Tanpa Nama berkata...

Peh dia org ni tak sudah2 carik pasal le ... ni yg leceh ni dia org ni

barney-bovelan berkata...

jika kita meneliti gambar tersebut juga turut terdapat tanda zodiak lain disebelahnya iaitu taurus http://en.wikipedia.org/wiki/Zodiak_sign dan suasana yang dicipta di tempat itu ialah imej seperti viking dan pelayaran. mungkin mereka meletakkan simbol2 zodiak ini untuk mendapatkan moodnya.