Selasa, 6 Januari 2009

Go Joe!


2009, tahun filem-filem Blockbuster nampaknya. Selain filem Terminator Salvation dan Transformers: Revenge of the Fallen, sebuah lagi filem dijangka akan mencatat kutipan box-office.

Adaptasi pertama kisah G.I. Joe ke layar perak dijangka akan ditayangkan pada 7 Ogos 2009. G.I. Joe: The Rise of Cobra diarahkan oleh Stephen Sommers (The Mummy) manakala skrip ditulis oleh Stuart Beattie.

Ia mengisahkan sebuah organisasi pengganas dikenali sebagai Cobra telah menjadi ancaman kepada dunia. Sebuah skuad elit dikenali dengan nama G.I. Joe telah ditubuhkan, diketuai oleh First Sergeant Conrad S. Hauser ataupun nama gelarannya Duke. G.I. Joe adalah pasukan terlatih yang akan mematahkan dan cuba untuk melumpuhkan gerakan Cobra.

Hmmm......sesuai betul filem ini kalau ditayangkan sekarang, di saat-saat Gaza sedang dibedil dan dilanyak oleh tentera-tentera Israel. Mungkinkah Cobra itu melambangkan Hamas manakala G.I. Joe itu tentera Yahudi. Ah, propaganda!

Aku tertanya-tanya, adakah pengarah filem Hollywood yang menjadi aktivis hak asasi manusia akan tampil untuk memfilemkan penderitaan masyarakat Palestin. Siapa agaknya yang berani? Oliver Stone? Martin Sheen? Kalau ada pun pastinya akan memihak kepada Israel.

Tiada ulasan: