Khamis, 22 Januari 2009

Asap di atas air, api di langit

Sejak aku di bangku sekolah lagi aku cuba untuk memahami apa maksud lagu Smoke on the Water persembahan Deep Purple. Bila aku bertanya dengan member-member, member pulak tak boleh harap. Lagu ini dikaitkan pulak dengan ganja dan penggunaan najis dadah.

Bila dah dewasa barulah mengetahui apa yang hendak disampaikan melalui lagu ini. Ia berdasarkan peristiwa yang dialami oleh kumpulan ini sewaktu hendak membuat rakaman album di Montreux, Switzerland pada tahun 1971.

Kebetulan ketika itu kumpulan Frank Zappa dan Mothers of Invention sedang mengadakan konsert di sebuah kasino. Sewaktu konsert tersebut berlansung, seorang lelaki telah melepaskan flare ke siling dan menyebabkan kebakaran. Kebakaran ini telah disaksikan oleh kumpulan Deep Purple yang menginap di sebuah hotel berhampiran. Asap daripada kebakaran tersebut memenuhi tasik Geneva yang memberikan mereka ilham untuk lagu Smoke on the Water.

Lagu ini telah menjadi antara lagu rock yang popular sepanjang zaman dan telah di cover oleh beberapa band dan artis dalam pelbagai genre muzik. Yang menarik tentang lagu ini ialah riff gitarnya yang menjadi trade mark kepada kumpulan ini. Lagu ini terkandung dalam album Deep Purple yang ke-6 iaitu Machine Head.

Trivia:

Dalam lirik lagu ini terdapat ayat yang berbunyi But with the rolling truck stones thing just outside, Making our music there. The rolling truck stones bermaksud studio bergerak yang dimiliki oleh kumpulan The Rolling Stones.


2 ulasan:

gayour berkata...

"smoke on the water"

hampir semua band rock di awal 80an dulu wajib boleh/tahu main lagu ni. kalo tak boleh main, tak cukup syarat nak jadi band rock. gitu gak dengan lagu2 dari scorpions.

kalo kat kenduri kawen yang ada band, lagu ni mesti ramai yang minta. silap2 dua tiga kali lagu ni dimainkan dengan highway star,speed king,black night, burn... masa joget lambak!

zulazahari berkata...

Gayour,

TQ sebab sudi singgah kat blog gua. Masa sekolah dulu gua minat baca kartun lu.