Jumaat, 23 Januari 2009

Filem terbaru Street Fighter mengingatkan aku kepada siri Smallville

Kenapa Smallville? Kerana Lana Lang akan menjadi Chun Li di dalam filem ini.

Ya, selepas 15 tahun Street Fighter akan kembali menemui penonton. Berjudul Street Fighter: The Legend of Chun Li akan memfokuskan kepada watak Chun Li. Di dalam filem Street Fighter terbitan tahun 1994 watak Chun Li dibawakan oleh Ming Na, di dalam filem terbaru ini ia akan dilakonkan oleh Kristin Kreuk.

Ia mengisahkan Chun Li berhadapan dengan kumpulan penjenayah di Hong Kong demi untuk membebaskan ayahnya yang ditawan oleh penjenayah kejam bernama Bison.

Di bawah adalah beberapa aksi Kristin Kreuk dalam filem Street Fighter: The Legend of Chun Li.





TRAILER STREET FIGHTER: THE LEGEND OF CHUN LI

3 ulasan:

bakri hafiz hisham berkata...

terima kasih kerana berkongsi bersama info ni
:)

zulazahari berkata...

Terima kasih kembali.

kamalariffin berkata...

aku dulu jatuh cinta dengan dia inilah sebelum datangnya isteri