Rabu, 21 Januari 2009

Zombie Nazi

Jika di dalam filem Outpost kita diberitahu bahawa pihak Nazi pernah membuat eksperimen ke atas tentera-tenteranya untuk mencipta sejenis tentera luarbiasa yang sukar untuk mati. Dengan proses reanimation ke atas mayat-mayat tentera Nazi mereka akan menghidupkan semula tentera-tentera tersebut untuk berperang dengan tentera-tentera Pihak Bersekutu.

Eksperimen yang dikenali dengan nama Die Glocke (projek sulit pihak Nazi sewaktu Perang Dunia Kedua) ini disentuh kembali dalam filem Dead Snow, sebuah filem seram/komedi/zombie splatter keluaran Norway.

Di dalam filem ini, ia mengisahkan sekumpulan remaja bercuti di sebuah kawasan pergunungan bersalji. Mereka menjalankan aktiviti snowmobil tanpa mengetahui kawasan percutian mereka adalah tapak eksperimen Nazi sewaktu zaman peperangan.

Hinggalah salah seorang daripada mereka menemui sebuah kotak yang berisi emas kepunyaan tentera Nazi. Entah bagaimana, askar-askar Nazi bangkit semula untuk menuntut kotak tersebut daripada mereka dan menjadikan mereka sebagai hidangan.

Filem ini mempunyai banyak homage kepada filem-filem seram yang lain seperti filem-filem zombie arahan Romero, Brain Dead arahan Peter Jackson dan Evil Dead arahan Sam Raimi.




2 ulasan:

mamat khalid berkata...

ok thankz for the sip abg wonderin citer apa skrg dah boleh gi cari :-)

zulazahari berkata...

Mungkin lepas nie Abg Mamat boleh buat citer zombie askar Jepun lak kot (spin off dari Pendekar Bujang Lapok)