Rabu, 3 Disember 2008

Thriller untuk hari Krismas

Jangan risau sekiranya ulasanku akan melariskan filem Hollywood, sebab kalau tak ulaspun filem Hollywood tetap laku.

While She Was Out, sebuah thriller terbaru yang dilakonkan oleh Kim Bassinger. Ia mengisahkan seorang surirumah bernama Della yang sering dibuli dan didera oleh suaminya. Pada malam Krismas, dia keluar ke kedai berhampiran untuk membeli kertas pembalut hadiah. Agak malang baginya kerana dia tidak menjumpai parking yang kosong. Dia ternampak sebuah kereta lama yang diletakkan di antara dua tempat parking. Dia menulis nota berbunyi "selfish jerk" (kedekut la kot dalam BM) dan meletakkannya di wiper kereta itu.

Setelah membeli kertas tersebut, sewaktu dia menuju ke keretanya, dia telah dihalang oleh kereta lama tadi. Dari kereta tersebut keluar empat orang remaja yang tidak berpuas hati dengan nota yang ditulis oleh Della. Seorang pengawal keselamatan ternampak kejadian itu dan cuba meleraikan mereka tetapi telah ditembak di kepala oleh salah seorang remaja. Della yang menyaksikan permbunuhan tersebut melarikan diri dan kumpulan remaja itu mengejarnya sehingga ke sebuah hutan. Maka bermulalah perjuangan baru dalam diri Della, iaitu berjuang untuk hidup dan membunuh sebelum dibunuh.

Mungkin bukan yang terbaik tetapi ia menarik. Ada similariti dengan filem Eden Lake.


TRAILER WHILE SHE WAS OUT

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam ziarah..

zulazahari berkata...

H.E.H, salam kembali.

cerpelai berkata...

Kim ni pernah berlakon dalam cerita suspens 'Cellular' kan?..
Nampaknya dia ni sesuai berlakon filem bergenre thriller suspens..

zulazahari berkata...

Pena Keris,

Betul, betul. Tepat sekali, 100 markah untuk anda :)