Khamis, 4 Disember 2008

Asal usul topeng Michael Myers

Michael Myers adalah watak pembunuh psiko dalam siri filem Halloween (kecuali Halloween III: Season of the Witch yang mana jalan ceritanya lari daripada siri filem Halloween yang lain). Untuk menjadikan watak Michael Myers sebagai seorang pembunuh yang kejam dan menakutkan, maka dia perlu memakai topeng yang agak ganjil dan menyeramkan (kelaziman untuk watak-watak pembunuh bersiri memakai topeng seperti Jason Vorhees dalam Friday the 13th dan Ghostface dalam filem Scream).

Tugas untuk mencipta topeng khas kepada watak Michael Myers dipertanggungjawabkan kepada Tommy Lee Wallace. Wallace mengilhamkan sebuah topeng yang mempunyai wajah manusia tanpa emosi dan terjumpa topeng Captain Kirk (watak lakonan William Shatner dalam filem Star Trek) dan berpendapat ia sesuai untuk watak Michael Myers. Wallace membuat beberapa pengubahsuaian untuk topeng itu dengan menebuk lubang pada bahagian mata lebih besar dan lebih bulat, membuang bulu mata dan ekor pipitnya dan mengecat topeng tersebut dengan warna putih, kelihatan seperti wajah seseorang yang pucat dan menyeramkan.


Captain Kirk lakonan William Shatner



John Carpenter, penerbit dan pengarah filem Halloween berpuas hati dengan topeng tersebut dan bergurau kejayaan Halloween adalah kerana William Shatner, meskipun beliau tidak pernah berlakon dalam filem tersebut.

Tiada ulasan: