Jumaat, 5 Disember 2008

SEBELUM MUNCULNYA HEROES


Siri ini merupakan kegemaran aku sewaktu zaman persekolahan dulu. Sebuah siri mengenai manusia yang secara tidak sengaja memiliki kuasa istimewa. Siri ini berjudul Misfits of Science yang diilhamkan oleh James D. Parriot dan Tim Kring yang kini menerbitkan siri Heroes. Siri ini juga telah memperkenalkan pelakon Courteney Cox yang kemudiannya popular dengan sitcom Friends.

Misfits of Science mengisahkan dua orang saintis iaitu Dr. Billy Hayes dan Dr. Elvin 'El' Lincoln cuba mengumpulkan semula peserta-peserta sebuah eksperimen rahsia yang dikendalikan oleh sebuah agensi kerajaan bernama Human Investigation Team (HIT) ataupun dikenali juga dengan nama Humanidyne. Peserta-peserta tersebut secara tidak sengaja telah memiliki kuasa luarbiasa termasuklah Dr. Lincoln sendiri yang boleh mengecilkan saiz badannya kepada enam inci. Mereka yang memiliki kuasa tersebut ialah :

Johnny Bukowski aka Johnny B, seorang artis rock yang boleh berlari laju dan mengecas kuasa elektrik. Johnny B juga boleh melepaskan panahan petir sebagai senjatanya.

Gloria Dinallo yang dilakonkan oleh Courteney Cox, seorang gadis remaja bermasalah tetapi memiliki kuasa telekinetic. Gloria menaruh hati kepada Johnny B tetapi tidak pernah diluahkannya.

Dr. Billy Hayes berjaya mengumpulkan mereka semua dan menubuhkan sebuah pasukan dikenali sebagai Misfits of Science ala X-Men untuk menumpaskan penjenayah dan menjalankan misi-misi rahsia kerajaan. Misfits of Science diketuai oleh Dr. Billy Hayes sebagai perancang utama dan mastermind untuk sesuatu operasi, bagaimanapun Misfits of Science menghadapi masalah apabila pihak kerajaan sendiri ingin menguasai mereka.

Watak Dr. Billy Hayes telah dilakonkan oleh Dean Paul Martin, anak kepada pelakon legenda Dean Martin dan selain daripada berlakon, beliau juga seorang penyanyi. Dean Paul Martin pernah menganggotai trio Dino, Desi & Billy sewaktu berusia 13 tahun.

Dean Paul Martin juga merupakan seorang juruterbang dan mendapat lesen penerbangan sewaktu berusia 16 tahun. Beliau kemudian menyertai pasukan California Air National Guard dan memperolehi sayap (wings) pada tahun 1981.

Pada tahun 1987 Dean Paul Martin telah terbunuh apabila pesawat F-4 Phantomnya terhempas di pergunungan San Bernardino, California sewaktu ribut salji. Turut terbunuh ialah WSO (Weapon Systems Officer) nya iaitu Ramon Ortiz. Kematian Dean Paul Martin telah membuatkan ayahnya Dean Martin bersara daripada dunia lakonan.

3 ulasan:

on the scene berkata...

bang, boleh tak buat ulasan atau dapatkan maklumat mengenai cerita2 lama di tv seperti giant robot (Jepun) space 1999. Pasal pelakon2 mereka, masih hidup lagi ke, atau apa2 juga pasal teknologi yg mereka gunakan masa tu utk bikin cerita2 mcm tu. Sebabnya ialah, walaupun cerita2 tu dah 30-40 tahun, tapi, idea masa tu, dah menjangkaui zaman itu.
harap, jika ada kelapangan, dapat kiranya siarkan info2 mengenai siri2 tersebut di sini...
ia merupakan kenangan masa zaman kecik2 dulu.
tq bro.......

zulazahari berkata...

On the scene, insya Allah aku akan cari

alaf21fc berkata...

Salam hormat. Maaf, iklan sikit. Jom sertai kuiz novel. TERIMA KASIH.