Rabu, 3 Disember 2008

Telekinesis dan gelombang minda

Kedua-dua ciri di atas memang popular dijadikan plot filem. Antara filem yang pernah menampilkan kedua-dua elemen tersebut ialah Firestarter arahan Mark L. Lester yang diadaptasi daripada novel karya Stephen King, Carrie arahan Brian De Palma juga diadaptasi daripada novel karya Stephen King, Scanners arahan David Croneberg dan juga beberapa filem seram dan sains fiksyen seperti The Ring, X-Men dan The Matrix.

Dua buah filem terbaru, pertama sebuah filem keluaran Korea Selatan berjudul Brainwave dan kedua adalah filem keluaran Amerika Syarikat berjudul Push. Kedua-dua buah filem ini adalah bercorak aksi dan sains fiksyen yang menampilkan plot tentang kebolehan luar biasa telekinesis.
Brainwave diarahkan oleh Shin Tae-Ra mengisahkan seorang lelaki (dilakonkan oleh Kim Do Yoon) telah mengalami sakit kepala yang luar biasa. Sakit kepala itu telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila dia berupaya mengawal pergerakan hanya menggunakan mindanya. Sementara itu dua orang detektif sedang menyiasat tentang pembunuhan ganjil yang berlaku di bawah sebuah jambatan. Dan penyiasatan itu akhirnya membawa kepada lelaki tersebut. Benarkah lelaki itu yang melakukan pembunuhan ataupun ada pihak lain yang memiliki keupayaan yang sama?




TRAILER BRAINWAVE


Push pula mengisahkan sekumpulan rakyat Amerika Syarikat yang memiliki keupayaan luar biasa. Mereka melarikan diri dan bersembunyi daripada sebuah agensi kerajaan yang dikenali sebagai The Division. Untuk melepaskan diri daripada cengkaman The Division mereka harus bergabung dan menggunakan keupayaan yang mereka miliki untuk menentang agensi jahat tersebut. Filem ini diarahkan oleh Paul McGuigan dan dibintangi oleh Dakota Fanning, Chris Evans, Camilla Belle dan Djimon Hounshou.




TRAILER PUSH

Tiada ulasan: