Khamis, 11 Disember 2008

SYARIKAT ELEKTRIK

Antara program yang aku minati sewaktu aku kanak-kanak dahulu ialah The Electric Company. Program belajar Bahasa Inggeris ini (mengikut dialek American) telah sedikit sebanyak membantu aku dalam subjek English di sekolah, malangnya Bahasa Inggeris di Malaysia menggunakan British English yang lazimnya digunakan oleh negara-negara Komanwel manakala Bahasa Inggeris yang digunakan dalam program The Electric Company adalah American English. Jadi apabila aku menggunakan American English sewaktu peperiksaan, sudah pastilah ayat yang aku tulis mendapat bulatan merah daripada cikgu.

The Electric Company juga telah melahirkan ramai bintang-bintang ternama dan terkenal masa kini. Antaranya ialah Bill Cosby, Morgan Freeman dan Irene Cara. The Electric Company juga popular dengan siri Spider Man nya, cuma Spider Man dalam The Electric Company agak misteri kerana tidak pernah mendedahkan identiti sebenarnya dan hanya berkata-kata menggunakan 'dialogue balloon' seperti dalam komik. Betapa aku merindui zaman kanak-kanakku.

Tiada ulasan: