Khamis, 11 Disember 2008

Hidangan dari Thailand


Sebuah warung yang amat terkenal dengan mi dagingnya. Ramai pelanggan yang berkunjung di situ. Bagi sesiapa yang pernah merasai kelazatan mi warung tersebut, pasti tidak akan dapat melupakannya, kerana rasanya yang begitu unik, sukar hendak digambarkan dengan kata-kata. Dagingnya pun begitu lain rasanya, daging apa ya, mungkinkah daging babi, lembu atau, ah, peduli apa. Kalau rasanya begitu enak, makan sahaja.

Meat Grinder, filem terbaru daripada Thailand yang memaparkan kengerian kanibalisme. Seorang gadis pengusaha warung mi yang begitu terkenal menyimpan rahsia keenakan mi dagingnya. Apakah rahsia tersebut? Ia menggunakan daging manusia.

Seperti filem Sweeney Todd yang menggunakan daging manusia sebagai inti pai dagingnya, seperti juga filem The Untold Story, bersedialah untuk menahan perut anda daripada memuntahkan semula isinya ketika menonton filem ini.

TRAILER MEAT GRINDER

Tiada ulasan: