Filem ini diedarkan oleh Warner Bros. Pihak Warner mungkin merasakan ini adalah strategi yang baik untuk menarik peminat kedua-dua genre untuk menonton filem ini. Peminat Bollywood dan Kung Fu. Walaupun tiada kelibat Jackie Chan, Jet Li ataupun Shah Rukh Khan, oops Datuk Shah Rukh Khan anda masih tidak dikecewakan kerana ada pelakon kung fu Gordon Liu dan pelakon Bollywood Akshay Kumar. Malahan mereka yang dah berumur sedikit pasti ingatkan pelakon Bollywood veteran Mithun Chakrabooty, turut ada dalam filem ini.
Sebenarnya perasaan aku agak bercampur-campur. Aku cuba untuk menerimanya dengan positif tetapi tetap ada reaksi negatif dalam benakku tentang filem ini. Aku rasa ini cubaan yang baik untuk menggabungkan Bollywood dan Kung Fu Cina kerana kedua-duanya mempunyai peminat yang ramai dari seluruh pelusuk dunia. Tetapi bila mengenangkan tentang filem Bollywood sudah pastilah ada adegan tari menari dan lawak bodoh yang aku rasa penyebab utama kenapa filem Bollywood boleh menjadi panjang selama 3 jam. Ah, tak kisahlah, asalkan ceritanya bagus, aku rasa adegan-adegan yang tak diperlukan boleh ditolak ke tepi.
Ceritanya mengisahkan seorang tukang masak India telah mengembara ke China semata-mata untuk belajar memasak masakan Cina. Apabila tiba di sebuah kampung, dia mendapati kampung tersebut telah dilanda masalah. Penduduk kampung itu pula menyangka dia adalah jelmaan kepada pahlawan purba Cina yang dapat membantu mereka mengalahkan penjahat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan