Isnin, 10 November 2008

YANG TIDAK DILAHIRKAN

Kepada mereka yang meminati filem seram yang memaparkan gambar pelik-pelik dan body horror, filem ini pasti memuaskan nafsu anda.

The Unborn, judul filem seram terbaru arahan David S. Goyer. Filem ini bercorak supernatural mengisahkan seorang wanita dihantui oleh roh anaknya yang tidak sempat dilahirkan. Filem ini dibintangi oleh Gary Oldman, Odette Yustman dan Meagan Good.

Melalui trailernya, filem ini memang banyak imej menakutkan yang membuatkan penonton tidak senang duduk. Jadi, amaran kepada mereka yang ada lemah jantung ataupun ibu-ibu mengandung, tidak digalakkan untuk menonton filem ini.



TRAILER THE UNBORN

Tiada ulasan: