Isnin, 10 November 2008

CICAKMAN, WAJARKAH DIKATAKAN SEBAGAI YANG TERBAIK DI MALAYSIA?


Di bawah adalah pandangan seorang rakan blogger saya terhadap filem Cicak Man yang pernah diwar-warkan sebagai filem CGI terbaik di Malaysia. Kepada sesiapa yang mempunyai pandangan serupa ataupun berbeza, bolehlah meninggalkan komen dengan syarat komen tersebut hendaklah tidak menyentuh peribadi sesiapa, tidak bersifat perkauman dan menggunakan bahasa yang elok (bahasa rojak pun boleh tetapi biarlah yang beradab). Aku mempunyai pandanganku sendiri tentang filem Cicak Man, aku akan tuliskan dalam entri yang akan datang.


Satu ketika, rakyat malaysia begitu teruja, mengagungkan Cicakman konon degn teknik CGI terkini, kreatif dan dianggap AMAT TERKEDEPAN UTK INDUSTRI FILEM NEGARA. Tetapi setelah saya menonton di TV tak lama dulu, saya rasa, jika itulah standard yg dipuja, dipuji, saya anggap mereka itu rabun. Jika setakat standard Cicakman telah menjadi kan kutipan jutaan ringgit, itu bukan kerana teknik jalan cerita, tetapi kerana KRU. Itu saja. Dengan watak yg nampak sgt bodoh dan diperbodohkan, jalan cerita tak usah ulaslah, malah nampak begitu kartun yang tak menjadi. Jadi, tak perlulah malaysia buat transformer ke, gaban ke, kalau apa yg dibuat, sebenarnya ada negara lain dah 20 tahun lalu buat. CGI dlm Cicakman, saya rasa lebih baik lagi ciptaan penuntut kolej swasta dari apa yg dipaparkan dlm cicakman itu. Tapi kerana mereka bukan KRU, tiada siapa yg peduli.

2 ulasan:

cerpelai berkata...

Hahahahaa..
Sangat setuju..!!
Cicakman tidak sesuai diangkat sebagai filem generasi baru..
Banyak lagi short film karya penuntut institusi tinggi yang jauh lebih baik..!!

Menggunakan pelakon komedi yang kehilangan idea satiranya sebagai membantu menaikkan nama walhal jalan ceritanya sangat lemah serta koreografi yang tidak konsisten..
Boleh kata macam budak-budak bergaduh..!! Alasannya.. Ini filem komedi..!!

Bila agaknya Malaysia akan memandang pada nilai seni dan bukannya kemasyhuran semata-mata?..

Dr. Bentara berkata...

target jalan cerita dulu la... CGI nak celen hollywood mana mampu...

Yang masuk Cannes, Sundance semua tu mana ada filem2 CGI ni... semua target jalan cerita. Kurang2 pun, cinematography yang brilliant.