Eyes of the Insane, judul lagu kumpulan Slayer yang telah memenangi anugerah Grammy untuk kategori Best Metal Performance di Grammy Awards ke-49. Lagu ini juga telah di'lepas'kan untuk diperdengarkan dalam rancangan Jimmy Kimmel Live! setelah lagu Jihad di censored.
Eyes of the Insane turut dimuatkan dalam album kontroversi mereka, Christ Illusion. Lagu ini mengisahkan bagaimana seorang tentera yang mengalami masalah mental setelah menyaksikan kekejaman, pembunuhan dan kengerian apabila dihantar ke medan perang (menyaksikan video klipnya, ia menggambarkan perang teluk).
Tom Araya, vokalis untuk kumpulan Slayer mendapat ilham menulis lagu ini setelah membaca artikel berjudul Casualty of War yang disiarkan dalam majalah Texas Monthly. Artikel itu menulis tentang penglibatan warga Texas dalam Perang Iraq dan berapa ramai askar yang telah terkorban. Artikel itu turut memuatkan foto beberapa mayat mangsa peperangan dan temubual bersama askar yang terselamat, yang telah kembali ke US. Kebanyakan bekas tentera tersebut mengalami gangguan mental.
Disebabkan begitu teruja dengan artikel tersebut, Araya telah menulis lirik berdasarkan artikel itu. Setelah rakaman lagu tersebut siap, kumpulan Slayer mahukan sebuah video klip dibikin berdasarkan lagu tersebut. Seorang pengarah Iran bernama Tony Petrossian telah dipertanggungjawabkan untuk mengarah video klip Eyes of the Insane. Tony Petrossian merupakan seorang pengarah yang telah mengarah beberapa video klip khususnya muzik Rock untuk artis seperti Slipknot, Bullet for my Valentine, Stone Sour, Seether, Apocalyptica, Avenged Sevenfold dan Serj Tankian.
Video klip Eyes of the Insane walaupun nampak agak simple tetapi memerlukan penelitian dari segi lakonan. Ini kerana imejnya hanya memaparkan gambar mata seseorang yang diambil secara close-up. Mata itu pula hendaklah dilakonkan mengikut babak seperti gembira, sedih, takut, marah, ngeri dan sebagainya. Untuk penamat video klip ini, dua buah versi telah difilemkan. Versi pertama menggambarkan tentera tersebut mati akibat ditembak manakala versi kedua pula menggambarkan tentera tersebut menggantung dirinya. Versi kedua telah digunakan.
Lagu Eyes of the Insane juga telah dijadikan soundtrack untuk filem Saw III.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan