Pengarah terkenal Hong Kong, Jeffrey Lau (A Chinese Odyssey, A Chinese Tall Story) berhasrat untuk mengarahkan sebuah filem ala Transformers versi Cina.
Lau pernah mengimpikan untuk membikin sebuah filem sains fiksyen sepuluh tahun lalu dan impiannya semakin menjadi kenyataan. Dalam filemnya A Chinese Tall Story, dia telah menggabungkan kisah Sami Tripitaka dengan makhluk asing dari angkasa lepas. Dia juga telah mereka sendiri model kapal angkasa yang digunakan dalam filem tersebut.
Filem robot ala Transformers yang masih belum diberi judul ini akan dimulakan penggambarannya pada 19 November di Zoumatang, sebuah kampung di Ningbo, terletak dalam daerah Zheijang, China. Barisan pelakonnya juga masih belum diumumkan.
Sumber : Crienglish.com
4 ulasan:
thehehe ... mesia pulak nak buat transformer?
saya seorang yg amat susah ke panggung malah utk menonton dvdpun, saya sukar utk menyelitkan masa.
tetapi, membaca blog anda, saya merasakan anda merupakan seorang yg amat teliti dan menyimpan byk khazanah berharga mengenai kisah dan berita industri filem dunia.
dalam tempoh 10 tahun, saya hanya sekali menonton filem, itupun setelah dipaksa- Casino Royale.
Bagi saya, filem itu langsung tidak membuatkan saya teruja lagi utk menonton filem. Saya menonton filem samada di TV atau DVD, bukan jalan cerita, tetapi teknik pengambaran, continuity dan screenplaynya. Malangnya, Casino Royale langsung tiada ciri membanggakan dibandingkan dgn siri2 bond terdahulu. Dan utk itu, saya juga menjangkakan, bond yg terbaru inipun, dua kali lima.
Satu ketika, rakyat malaysia begitu teruja, mengagungkan Cicakman konon degn teknik CGI terkini, kreatif dan dianggaP AMAT TERKEDEPAN UTK INDUSTRI FILEM NEGARA.
Tetapi setelah saya menonton di TV tak lama dulu, saya rasa, jika itulah standard yg dipuja, dipuji, saya anggap mereka itu rabun.
Jika setakat standard Cicakman telah menjadi kan kutipan jutaan ringgit, itu bukan kerana teknik jalan cerita, tetapi kerana KRU.
Itu saja.
Dengan watak yg nampak sgt bodoh dan diperbodohkan, jalan cerita tak usah ulaslah,malah nampak begitu kartun yang tak menjadi.
Jadi, tak perlulah malaysia buat transformer ke, gaban ke, kalau apa yg dibuat, sebenarnya ada negara lain dah 20 tahun lalu buat.
CGI dlm Cicakman, saya rasa lebih baik lagi ciptaan penuntut kolej swasta dari apa yg dipaparkan dlm cicakman itu.Tapi kerana mereka bukan KRU, tiada siapa yg peduli.
Bagaimanapun, tahniah, teruskan usaha saudara membuat ulasan mengenai industri ini. Artikel mengenai Bond amat menarik dibaca dan dengan poster2 lama yg menjadi khazanah muzium.
saya jadikan tempat ini himpunan rujukan untuk mencari sesuatu yang unik dalam dunia hiburan. saya link blog saudara.
Geng Metal, kita boleh buat filem ala Transformers, tapi seharusnya kita cipta Transformers kita sendiri, bukan tiru apa yang orang dah buat.
On The Scene, sebenarnya bukan semua filem yg saya dah tonton, saya sekadar sharing the thought about films yg telah saya tonton, yg bakal saya tonton dan yg saya x mahu tonton, mungkin ada yg kata saya buang masa menulis blog sebegini tapi ada juga yang sukakan blog saya, jadi terpulang pada tanggapan masing2. Dan saya juga bukan seorang pengkritik, sekadar melahirkan pandangan saya terhadap sesuatu. Terima kasih kerana telah melawat blog saya. Dan pandangan anda tentang Cicak Man adalah suatu pandangan yg jujur dan ikhlas, mungkin saya akan postkan pandangan ini dalam entri saya nanti.
Muhammad Azli Shukri, terima kasih kerana melawat blog ini dan juga link kan blog saya, I really appreciate it.
Catat Ulasan