Isnin, 10 November 2008

KISAH GURU BRUCE LEE


Kisah hidup pelakon dan ahli seni mempertahankan diri Bruce Lee sudah sering dibikin dan dipertonton. Kita tidak pernah menonton kisah hidup gurunya yang telah mengajar dan memperturunkan seni mempertahankan diri Wing Chun.

Sebuah filem mengenai guru Bruce Lee berjudul Ip Man akan menemui penonton khususnya yang meminati seni mempertahankan diri dan filem-filem Kung Fu. Filem ini diarahkan oleh Wilson Yip dan dibintangi oleh pelakon Kung Fu yang semakin popular iaitu Donny Yen. Sammo Hung pula bertanggungjawab sebagai choreographer bagi aksi perlawanan dalam filem ini. Sammo Hung juga akan muncul sebagai cameo dalam filem ini.

Ip Man atau nama sebenarnya Yip Man adalah pengasas seni mempertahankan diri Wing Chun dan juga guru kepada bintang legenda Bruce Lee. Selain memaparkan aksi pertarungan, filem ini juga akan menyelitkan kisah suka duka hidupnya bergelar pakar mempertahankan diri.

Donnie Yen yang memegang watak mahaguru Yip Man secara tidak sengaja telah tercedera di bahagian atas mata kirinya sewaktu melakonkan aksi perlawanan dalam filem ini. Pelakon Jepun, Hiroyuki Ikeuchi yang mempunyai talipinggang hitam untuk seni Judo pula mengalami konkusi kecil apabila menerima empat hentakan di kepala secara berterusan. Sammo Hung memuji pelakon Jepun ini kerana mutu lakonannya dan kerjasama yang diberikan untuk menjayakan babak itu, walaupun Ikeuchi tidak mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri Cina.

WEBSITE IP MAN

Tiada ulasan: