Jumaat, 28 November 2008

Spielberg tidak akan remake filem OldBoy

Berita ini mungkin menyedapkan hati. Pelakon utama filem Oldboy versi US, Will Smith memaklumkan bahawa Steven Spielberg tidak akan membikin semula filem Oldboy arahan Chan-wook Park keluaran Korea Selatan, sebaliknya mengadaptasinya terus daripada manga Oldboy karya penulis Jepun Garon Tsuchiya dan dilukis oleh Nobuaki Minegishi. Manga Oldboy telah diterbitkan semula dan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris oleh Dark Horse Comics.

Banyak perbezaan antara manga Oldboy karya Garon Tsuchiya dan filem Oldboy arahan Chan-wook Park. Antaranya elemen-elemen ekstrim dalam filem Oldboy tidak terdapat dalam manga Oldboy seperti adegan makan sotong kurita hidup-hidup dan subplot tentang hubungan seksual, menyebabkan Spielberg lebih berminat untuk mengadaptasinya terus daripada manga.


SUMBER ASAL DARI SINI

2 ulasan:

mahhass berkata...

Bagus & sedar pun hahaha

cerpelai berkata...

Bro.. sila ke blog gua untuk ambik award..!! Mekasih..!!