Rabu, 26 November 2008

Serangan ke atas Balai 13

Assault on Precinct 13 merupakan filem kedua arahan John Carpenter. Filem ini diinspirasikan daripada filem western klasik Rio Bravo dan diterbitkan pada tahun 1976.

Filem ini juga telah mengejutkan ramai penonton apabila watak seorang gadis kecil mati ditembak ketika sedang membeli ais krim, satu adegan yang sungguh kejam pada waktu itu. Pihak MPAA mengancam untuk mengkategorikan filem itu ke rating X sekiranya adegan tersebut tidak dipotong. Carpenter akur dengan perintah MPAA dan memberikan salinan filem yang telah dipotong adegan tersebut kepada MPAA, sebaliknya mengedarkan filem asal (tanpa potongan) kepada pawagam.

Filem ini telah dibikin semula pada tahun 2005 oleh Jean-Francois Richet. Meskipun plot filem Ghosts of Mars (juga dibikin oleh Carpenter) hampir menyamai filem ini, ia bukanlah remake kepada Assault on Precinct 13. Sebuah lagi filem yang hampir menyamai filem ini ialah filem Perancis Nid de guêpes yang diarahkan oleh Florent Emilio Siri.

Kejayaan filem Assault on Precinct 13 telah mencetuskan minat penerbit filem indipendent Irwin Yablans dan Moustapha Akkad untuk meminta Carpenter mengarahkan sebuah filem mengenai seorang psiko yang membunuh pengasuh kanak-kanak. Mereka mahukan sebuah filem seram yang dapat menyaingi filem The Exorcist maka lahirlah sebuah filem yang berjudul The Babysitter Murders. Disebabkan filem itu hendak ditayangkan sempena hari Halloween maka judul filem itu telah diubah kepada Halloween. Tahukah anda topeng yang dipakai oleh Michael Myers itu menyerupai wajah siapa? Itu akan aku tulis dalam entri yang akan datang.

Tiada ulasan: