Rabu, 26 November 2008

Merantau cuba popularkan kembali filem silat Indonesia

Agak lama tidak menyaksikan filem silat daripada Indonesia. Kalau dulu filem-filem seperti Jaka Sembung dan Si Buta dari Gua Hantu agak popular di Malaysia. Nama-nama seperti Barry Prima, Ratno Timoer dan George Rudy juga tidak asing kepada kita. Tetapi kini filem-filem silat dan purbawara daripada seberang kelihatan agak menyepi.

Berita terbaru, seorang pengarah filem British bernama Gareth Evans akan cuba mempopularkan kembali filem silat Indonesia dengan kemunculan filem Indonesia berjudul Merantau. Ia akan menampilkan seni Silat Harimau, seni silat warisan Indonesia dan Nusantara. Filem ini juga akan menonjolkan kemunculan pakar seni Silat Tiga Berantai, Iko Uwais sebagai hero filem ini.

Filem ini mengisahkan seorang lelaki bernama Yuda adalah seorang pelatih seni Silat Harimau di Minangkabau, sebuah daerah di Sumatera Barat. Sebagai latihan terakhir untuk menamatkan perguruannya, Yuda terpaksa merantau untuk memantapkan lagi seni persilatannya dan menambahkan pengalamannya tentang dunia luar. Maka Yuda pun berangkat ke kota Jakarta.

Apabila tiba di Jakarta Yuda terpaksa menyesuaikan dirinya dengan keadaan di kota metropolitan yang begitu asing baginya. Yuda juga secara tidak lansung telah membuat seteru dengan Ratger, seorang penyeludup manusia ke Eropah dan Luc, orang kanannya. Segalanya bermula apabila Yuda menyelamatkan seorang gadis bernama Astri dan adiknya Adit daripada menjadi mangsa sindiket haram ini. Akibatnya, mereka bertiga telah menjadi buruan Ratger dan orang-orangnya.

Filem ini turut dibintangi oleh Sisca Jessica, Mads Koudal, Laurent 'Lohan' Buson, Yayan Ruhian, Donny Alamshah, Ratna Galih dan Christine Hakim.


WEBSITE MERANTAU

2 ulasan:

Pena Keris berkata...

Gua cukup minat dengan lakonan Barry Prima dulu.. bukanlah nak mengagung-agungkan filem Oi (Orang Indonesia) tapi bila fikir-fikirkan balik, actor dan actress dulu lebih menyerlah dalam lakonan..!! Kenapa agaknya ya?..
Sekarang ni orang terlalu bergantung dengan CGI.. tiada lagi nilai seni dalam pembikinan..
(Seni dalam teater tu terlalu subjektif.. gua tak berapa paham)

Salam bro..

kunderemp berkata...

Sudah terbit trailernya!
Silakan dilihat di Youtube atau di Vimeo.