Isnin, 10 November 2008

SPIELBERG NAK REMAKE FILEM KOREA?


Lagi kisah pengarah tersohor Steven Spielberg hendak membikin semula filem-filem Asia. Sebelum ini dikatakan Spielberg akan membikin versi live action untuk anime Jepun Ghost in the Shell, pihak penerbitan DreamWorks telah pun membeli hak cipta untuk filem berkenaan dan filem itu dijangka akan siap dan ditayangkan pada tahun 2011.

Terbaru, diberitakan Spielberg bersama pelakon dan penyanyi popular, Will Smith berminat untuk membikin semula filem Korea Selatan yang ekstrim berjudul OldBoy (filem ini tidak ditayangkan di Malaysia, malahan VCD dan DVD nya juga sukar diperolehi, walaupun pirate).

OldBoy mengisahkan seorang lelaki yang telah dikurung selama 15 tahun tanpa sebarang motif. Apabila dia dilepaskan dia cuba menjejaki semula siapa yang telah mengurungnya dan apakah motif sebenar. Semakin jauh siasatannya dia mendapati punca semua ini adalah ketika zaman remajanya dan sewaktu zaman persekolahannya.

Filem ini merupakan sebuah filem aksi ala Tarantino. Filem ini pernah dibikin semula oleh Bollywood dan diberi judul Zinda. Ia dilakonkan oleh Sanjay Dutt, John Abraham dan Lara Dutta. Filem Zinda kemudian disiasat atas tuduhan plagiat kerana tidak mendapat kebenaran daripada pihak produksi OldBoy untuk pembikinan semula filem ini.


Sumber : Variety

3 ulasan:

killersticker berkata...

salam bro...
sedikit pembetulan
dvd olboys versi lanun berlambak dipasaran sedikit masa lalu... sila betulkan fakta.
kalau takda la lanun tak merasala kita sebagai peminat filem menonton filem-filem hebat macam tu....ataupon anda tidak pernah menjadi "pemburu durian" ataupon ..... kalau nak sekarang saya rasa masih terdapat dipasaran lanun.....

zulazahari berkata...

Salam kembali,

Oh ye ke? Mungkin sebab aku x suka makan durian kot, hehe.....anyway thanks for the information....boleh lah aku cari nanti ataupun tunggu je la remake Spielberg tu.

Dr. Bentara berkata...

memang ekstrim filem ni... ada maca Irreversible. Tapi twist in the ending tu memang ubah muka gua jadi hijau la sambil melopong.